Sunday, July 15, 2012

makan gambar

“Tell your secret to the wind, but don't blame it for telling the trees.” ~ Khalil Gibran

Petikan frasa di atas tidak berkait langsung dengan apa yang tergaris dalam kepala saya sekarang. Saya hanya terpikat dengan baris dan maksud yang dibawa oleh penyair yang terkenal tersebut, Khalil Gibran , anak kelahiran Lebanon dari keluarga berpegangan agama Kristian. Terbaca petikan itu sewaktu membelek novel yang masih belum sudah saya baca.

Akhir-akhir ini tumpuan saya beralih arah.

Kurang membaca.

Biasalah. Fasa-fasa kehidupan kadang berubah. Dan perubahan sentiasa menambah warna dalam hidup.

Boleh tahan jugak ....

Katanya berhenti di situ.

Itu yang saya fikir.

... hodohnya muka saya!

Oh, rupanya dia menyambung semula. 

Hampir sama rupanya perangai sahabat saya itu dengan saya dari segi itu. Tidak gemar menatap gambar foto sendiri .

Saya lihat semula gambar fotonya. 

Sebenarnya tidak ada yang cacat pun dalam gambar tersebut. Wajahnya masih cantik seperti yang saya pandang di luar foto. Kulit pipinya juga masih mulus dalam foto seperti realiti fizikal. 

Tapi tetap rasa tidak suka dia terhadap fotonya itu disebut.

Ah. Saya pun sebenarnya begitu. Paling tidak suka menatap gambar foto sendiri. Ada saja yang tidak kena pada mata saya. Lewat ini, yang paling tidak saya suka bila melihat wajah saya dalam foto tatkala tersenyum, dagu saya kelihatan jelas sungguh lapisan tambahan di bawahnya. Double chin!!

Eeeee

Tak suka!

tapi, baby ber'double chin' memang cute


Dan lebih lagi kalau terlihat saya tersengih, dan hujung hidung saya nampak bulat saja. Adui! Itu bukan kategori comel, itu kategori hidung pesek  :)

Ish, kamu memang jenis tak reti bersyukur lah Normah! Nasib baik ada hidung dan dagu. Walau bulat dan berlapis, tetap fungsinya sama seperti yang mancung atau yang selapis.

Itu rasa hati yang baik menasihat diri sendiri.

Ya, saya tahu.

Betul. Patut bersyukur.

Tapi, memang kadang cemburu juga melihat rakan-rakan lain yang tetap cantik dan ganteng dalam gambar fotonya. Orang kata apa? Photogenic kan.. Kalau istilah kita ni , kita kata, jenis yang "makan gambar".


Saya bukan jenis orang yang "makan gambar". Tapi saya rasa, saya ni jenis yang "gambar makan saya".

Kan.

Selamat berpetang minggu semua!

*Khusus buat sahabat yang baru baik semputnya, semoga perjalanan balik dari White House selamat.


~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. salam..
    sy dah lma x tgk cermin.. pkai tdung pun main sarung je
    sbb sy thu sy ni rupa mcmana hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. maiyah memang comel orangnya.. :) selamat menjalankan ibadah di bulan penuh berkat ini maiyah

      Delete
  2. first time dgr istilah mkn gmbr ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang memang jarang orang guna perkataan ini jebeng

      Delete
  3. ada , ada saja cikgu norma ni.
    selamat menyambut Ramadhan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ucapan yang sama juga buat abu muaz

      Delete
  4. selamat menyambut Ramadhan Almubarak cikgu Norma.

    ReplyDelete
  5. Selamat menyambut Ramadhan AlMubarak.Semoga amalan kita akan di terima.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.