sumber |
Suami mengisyaratkan kepalanya ke arah saya, bertanya apa yang sedang saya cari.
Jam sudah pukul 915 pagi. Saya masih lagi di rumah. Sudah berpakaian lengkap hendak ke sekolah.
Saya memberi isyarat dengan tangan dan jari pula, memusing-musing pergelangan tangan, memberi tahu saya sedang mencari kunci kereta. Macam pasangan bisu pulaklah kami waktu itu.
Sebenarnya suami sedang bekerja. Di rumah. Dari rumah. Untuk hari itu sahaja. Dan sedang berada di atas talian dengan superiornya, serta tidak mahu diganggu.
Best juga sekali-sekala jika berpeluang bekerja dari rumah, kan. Saya kira ramai juga rakan-rakan di luar sana yang memang berpeluang membuat kerja dari rumah dan bila perlu sahaja punch-in ke pejabat kan.
Kalau cikgu, rasanya tak berpeluanglah hendak bekerja dari rumah, tapi kalau membawa kerja pulang ke rumah, memang tak payah nak cakaplah, kan.
Oh, nak bercerita tentang kunci kereta saya tadi. Masih belum habis bercerita, sudah masuk ke topik lain pulak.
Sekejap keluar, sekejap ke dalam.
Mencari kunci kereta.
Menonggeng pulak, mana tahu kunci tersebut terjatuh dari tempat bergantungnya yang sepatutnya dan terlindung di celah almari di bawah.
Berpeluh!
Risau pulak kalau nanti terpaksa meminta tolong suami menghantar saya ke sekolah. Sebab pasti bebelannya ibarat bebelan marathon olimpik 2012.
Ulanglah baca al-Haq kalau mencari barang hilang.
Teringat rakan baik memberi pesan hari itu tatkala mencari cermin mata yang tersalah letak. Oh... hari sebelumnya mencari cermin mata, dan waktu itu pula mencari kunci kereta. Adui...
Menarik nafas dalam-dalam, saya menyusuri semula perjalanan balik petang sebelumnya. Tidur awal malam sebelumnya akibat serangan gastrik , loya dan sakit kepala. Walau tidak teruk mana, tapi memberi kesan juga pada rutin berpuasa.
Oh , sebelum itu lagi?
Baru saya teringat!
Baru saya teringat!
Bergegas saya ke dapur, membuka freezer. Menyelongkar. Udang dan sotong yang saya beli petang sebelumnya masih ada, keras, kejang , kaku. Dan di celahnya....
Ya... kunci kereta saya!
Semalaman kunci kereta saya berdingin dalam peti sejuk rupanya !
Alahai.
Allah lah yang bagi ilham mencari di dalam peti sejuk. Kalau tidak sampai waktu memasak nanti barulah berjumpa semula dengan kunci tersebut kan.
*pinky cheek
~cikgunormah@klcitizen~
...Salam cikgu...
ReplyDeleteha ha ha....
kelakar gak citer cikgu ni...
x pasal2 kunci tu beku...
hehe..aik mcmnae leh letak kat situ pula.. :)
ReplyDeleteNasib baik tak masuk kuali sama dengan barangan nak dimasak..hehe
ReplyDeleteKak Normah, kisah kali mencuit hati betul... :D Kelakar sangat, nasiblah jumpa kunci tu.. Pandai sungguh akak mengarang entri..
ReplyDeleteSetuju dengan akak. Kalau jadi cikgu zaman sekarang, memang kena bawa balik kerja balik rumah.
Macam mana pula kunci kereta boleh berada didalam peti sejuk.
ReplyDeleteSalam kak,
ReplyDeleteSelamat berpuasa..
Penat berpuasa ke sampai kunci dah naik beku?
:)
mujur berjumpa juga akhirnya ...
ReplyDeleteOrang yang banyak berfikir, mengingat banyak juga yang dilupanya. Lagi-lagi benda remeh. Kena sediakan tempat khas untuk barang2 tu. biasakan letak di tempatnya. Barulah tak kena bebel. Saya ni cakap macam depan cermin je. Hehehe.. Isteri saya selalu juga membebel sebab saya pun pelupa juga :)
ReplyDeleteHahahahaha....
ReplyDeleteMacam cerita lawak plak, tergelak sorang-sorang baca cerita ni. Nasib baik ler kunci tu dapat keluar, kalau tidak?