Wednesday, June 17, 2009

Setangkai Gandum & Sebutir Bom - Suka Duka Kehidupan Umat Islam Kini

"Gamal Abdul Nasir pernah berjanji kepada kita untuk melemparkan Israel ke dalam lautan, namun beliau malah menyerahkan Sinai kepada Israel, menghumban para ulama ke dalam penjara dan kemudian membunuh mereka di tali gantung.
Saddam Hussein pernah berjanji akan membakar separuh bumi Israel dengan senjata kimianya, namun beliau malah membakar bumi Kuwait dan menyelamatkan bangsa Israel. Ahmadi Nejad sekarang telah mengucapkan talak tiga kepada Israel dan berjanji menghapus kewujudan negara Israel dari peta dunia, namun saya khuatir beliau malah membasmi kita dan membiarkan bangsa Israel tetap selamat!!....

dipetik dari buku yang sedang saya baca , m/s 42 ... " Setangkai Gandum & Sebutir Bom - Suka Duka Kehidupan Umat Islam Kini' , terjemahan Nor Hasanuddin dari tulisan Dr. 'Aid Abdullah Al Qarni



so... nothing is what as it seems
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. Dear klcitizen,

    Alhamdulillah kita diberikan akal dan keupayaan untuk menilai kebenaran yang cuba ditonjolkan. Berdoalah agar kita diberi hidayah oleh Allah...amin...

    ReplyDelete
  2. salam cikgu
    saya berharap mudah-mudahan tidak terjadi begitu. Saya lihat sudah tidak ada pemimpin Islam yang berani lagi untuk menentang Israel.Hanya pemimpin yang tegas dan berani sahaja yang akan sanggup menentang arus.
    Dan saya tidak lihat ciri2 itu lagi di kalangan pemimpin Islam kini kecuali Mahmud Ahmadinejad

    ReplyDelete
  3. buku yang menarik tu, nak kena cari gak ni..

    ReplyDelete
  4. waalakummussalam

    zharif : semua kita berharap perkara yang sama. namun begitu kita kena berwaspada terhadap fahaman syiah. pihak kita (jakim)sangat jelas dengan fahaman syiah ini . rujuk http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html.
    malahan syiah sendiri mempunyai pendirian yang jelas tentang sunni... yang menganggap pihak sunni lebih teruk dari orang-orang kafir sendiri . wallahualam. ini dari pembacaan saya, mana yang tidak benar itu dari ceteknya ilmu saya.

    ReplyDelete
  5. Ramai pemimpin islam sekarang cakap hanya untuk menyedapkan hati aje..padahal lain pulak yang dibuatnya..Itulah sebabnya kot umat Islam ditindas sekarang ni

    ReplyDelete
  6. betul tu Tirana ...

    harap generasi anak-anak kita yang banyak ikut pendidikan islami dapat melahirkan pemimpin yang kita nanti-nantikan

    ReplyDelete
  7. Menarik apa yang dikata. Buku tu beli sendiri ke. Dah habis baca bolehlah pinjam.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.