Sunday, June 21, 2009

IFC ....




memang sudah lama betul tidak membaca majalah Al-Islam keluaran Utusan Karya-Anak Syarikat Kumpulan Utusan... sebab banyak kontroversi..

tetapi setelah bertukar editor, saya terpanggil untuk membacanya semula.. sudah dua keluaran, lain sedikit penampilannya dan skop beritanya.. pada saya yang kurang gemar isu-isu kontroversi sesama muslim ini, memang agak menyenangi langkah yang telah diambil.

Ada beberapa isu yang menarik dalam keluaran Julai 2009 nya, tetapi yang saya nak kongsikan tanpa kebenaran mereka ialah :

ANCAMAN DARIPADA 14 TUNTUTAN IFC TERHADAP UMAT ISLAM ...

IFC= Interfaith Commission (Suruhanjaya Antara Agama)

(saya tuliskan beberapa sahaja, yang lain beli sendiri dan baca sendiri ya... hehe, bukan apa, tolong promote sikit kawan kita ni... o, ya .. yang dalam kurungan selepas setiap tuntutan tu , ulasan saya, tak ada dalam majalah tu)

m/s 19
tuntutan no.5: Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam (ni Pancasila lah ni )

tuntutan no.10 :Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum (banyak cantik muka diorang ni...!)

tuntutan no. 13: Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk orang-orang bukan Islam (dok terbayang dah orang-orang yang akan berderet depan pintu pejabat Baitulmal ni siapa nanti kalau tuntutan ni terlaksana)

Yang ini memang layak kita cakap 'Seperti Belanda dapat tanah....' Memang dasar tidak pernah cukup.

Tetapi yang peliknya... mat-mat islam dan minah-minah islam dalam IFC tu pun sekepala... pelik....pelik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. MasyaAllah..
    Kenapala sampai ada org Islam sebodoh ini nak menyokong sesuatu yg mmg jelas menyimpang dari tuntutan agama...Bodo nie...yg mana confirm menyokong tu..bersedialah utk azab kubur yg pedih yg sedang menanti disana...

    ReplyDelete
  2. salam cikgu
    inilah tajuk assignment z time part1 dulu
    masalah IFC ni jadi negatif apabila orang2 dalam dia tu bukannya cerdik pandai dalam Islam.
    Mereka tidak ada background islam dan tak de gelaran ulama atau cendiakawan Islam. Itu yang jadi masalah dia.
    sepatutnya IFC dijadikan platform untuk menunjukkan kelebihan Islam bila ada orang yang pandai berhujah sepertiu syeikh ahmad deedat atau ulama2 Islam yang dapat memberi penjelasan kepada rakyat tentang Islam yang sebenarnya.Bukannya dengan buat tuntutan2 macamni

    ReplyDelete
  3. Banyak yang tak kena dengan tuntutan tu... Orang Islam yang menyokong IFC, memang termasuk dalam kategori tak reti agama...

    ReplyDelete
  4. Salam semua. Kalaulah depa menang, apa lagi yang islam ada. Jom fight for islam.

    ReplyDelete
  5. saya dah baca.dan berfikir.
    kenapa ' benda2 ' macam ni semakin berlaku.sebab mungkin kita semakin tidak kuat @ sengaja memberi ruang.....

    kita semakin berbeza !
    saya ikuti perkembangan tuntutan melalui ABIM...
    kita semakin berbeza !
    apa seterusnya - kita tunggu apa lagi BALA yang akan diturun untuk memberitahu kita....telah jauh tersasar.

    ReplyDelete
  6. salam...
    kerana kita(Islam) tidak bersatu. Parti politik dan NGO pun sering berselisih pendapat dan kadang-kadang kita sendiri reda...MasyaAllah

    ReplyDelete
  7. Sekarang orang Islam masih berkuasa, mereka berani tuntut macam-macam.Seandainya orang Islam dah tak ada kuasa nanti, macam mana lah agaknya nasib anak cucu kita.
    Marilah kita semua bersatu!.

    ReplyDelete
  8. Kengkadang pelik ler, sakit ati pun ye. Melampau, tak sedar dek untung. Lupa asal usul le tuuu ...

    ReplyDelete
  9. sama macam saya, dah lama tak baca majalah alIslam ni, anyway thank you for info sharing!

    ReplyDelete
  10. zai

    memang bo*** betul diorang tu (yang Islam tu la)...yg bukan islam tu memang pandai

    ReplyDelete
  11. zharif

    oo..ya.. betulla assignment tu, sbb yg sibuk2 asal nya ialah majlis peguam lah kan

    harap2 zharif jadi peguam yang memperjuangkan islam..amin

    ReplyDelete
  12. >tirana

    betul tirana.. memang tak reti agama diorang ni, atau reti , tapi nak perjuang hak asasi kononnya

    >mr ariff

    saya turut bersama

    ReplyDelete
  13. > mr jinggo

    harap-harap kita semua sedar sebelum bala seperti tsunami di acheh turun....

    > mr aidil

    betul tu..

    ReplyDelete
  14. >manlaksam

    setuju!!

    >precious

    memang sakit hati... geram rasa macam nak sumpah je..hehe

    >ummumishkah
    most welcome

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.