Monday, June 8, 2009

Penasihat Obama


Membaca majalah Forward isu Jun 2009, membuat saya sangat teruja. Tokoh wanita di atas, Dalia Mogahed , wanita Amerika berketurunan Mesir, wanita Muslim pertama menjadi penasihat President Obama dalam hal-hal berkaitan masalah dan prejudis yang melanda umat Islam.

Pintar, manis dan menutup aurah... walaupun berita ini baru saja saya dapat (beliau telah dilantik sejak April 2009) tetapi rasanya masih belum terlambat mendoakan agar urusannya dipermudahkan, ditunjukkan Allah jalan yang benar dan semoga kepintarannya dapat membantu Islam.

Memetik katanya yang ditulis dalam majalah tersebut...'These situation (beliau merujuk pada perjalanan hidupnya sebagai satu-satunya pelajar wanita muslim, bertudung pulak tu dan seterusnya sebagai satu-satunya pelatih jurutera) taught me that living according to your conscience was more important than comfortably conforming to your surroundings...'

Bayangkan kehidupannya di tengah-tengah kekafiran dan kekufuran pun masih tetap istiqamah menegakkan kepentingan menutup aurat...apalah sangat nak dibandingkan orang-orang kita...setakat takut tak dapat kerja, bertahan mempamerkan aurat di khalayak ramai...seperti pekerja -pekerja kedai gambar yang terkenal... mmm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. Terimakasih kerana berkongsi info.. Kalau tidak, sampai sekarang pun saya tak tahu Obama ada seorang penasihat yang beragama islam. Kita do'akan moga2 Allah permudahkan urusan Dalia Mogahed.

    ReplyDelete
  2. Thanx berkongsi kak. Saya pun tak tahu...

    Kagum dengan Dalia Mogahed ni!

    Moga-moga dia tabah dan dpt jalankan tanggungjawab dengan baik!

    ReplyDelete
  3. salam cikgu
    dalam situasi sekarang ni komen yang cikgu beri dan petikan kata2 dalia mogahed ni membuatkan saya berasa yakin untuk hidup dengan our conscience daripada hidup untuk mendapatkan comformity from others.
    Dah lama x mendapat nasihat daripada seorang guru.Terima kasih cikgu.Doakan yang terbaik untuk saya =)

    ReplyDelete
  4. betul tu teacher, Looking at Dalia Mogahed make me more proud to borne as muslim apatah lagi dgn ketabahan beliau hidup disekeliling org2 yg kafir, kat Malaysia ni jgn ckpla mengaku jer islam padahal mengaji pun tahu..hmm

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Anda dipelawa untuk menulis komen,Walaupaun idea anada berbeza,tidak mengapa.Manalah tahu idea anda diterima pembaca.

    http://penpusaka.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. balqis n zai: sama2la kita berdoa yg terbaik. amin
    zharif:sentiasa menitipkan doa untuk semua muslimin n muslimat d dunia hingga akhirat nanti.kali ni khas untuk zharif...turbulance in life is like eating dessert after the main menu
    suri:insyaallah saya akan ke laman tsbt.thnx for joining in

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.