Tuesday, June 16, 2009

mana pergi saintis kita?

antara minat saya ialah melayari laman-laman web sains, membaca perkembangan terbaru dalam sains.

antara laman web yang saya minati ialah ABC science.... yang mengenengahkan hasil-hasil kajian saintis-saintis dari Australia dan hasil kajian-kajian mereka. Ia dikendalikan oleh Australia Public Broadcaster... kalau di sini agak-agaknya RTM lah kut, atau TV3? Kurang ariflah saya bab ini....

Apa yang menjadi persoalan saya ialah.... ke manakah atau dimanakah hasil-hasil kajian saintis-saintis kita yang boleh diwar-warkan untuk bacaan orang-orang awam seperti saya? mungkin ada di antara kawan-kawan di luar sana yang tahu...?

setahu saya tidak pernahlah saya jumpa laman-laman web sedemikian rupa....

sepatutnya adalah ya...siapa yang patut menguruskannya, saya cadangkan, kementerian sains dan teknologi Malaysia lah... semua saintis-saintis Malaysia yang duduk di universiti-universiti di Malaysia ini wajiblah mempamerkan hasil kajian atau penyelidikan mereka di laman web ini untuk pengetahuan kita semua... maklumlah kajian-kajian mereka juga mengunakan duit-duit cukai yang kita dah bayar saban tahun....

lagi pun kajian-kajian mereka ini lebih bercita rasa Malaysia, berbanding kajian-kajian orang-orang putih ni kan....

wallahualam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. ye ye ...saya setuju - kekadang keluar berita - prof.2 sains buat kajian macam2...buatlah macam omputih tu...kongsikan dengan dunia!

    ReplyDelete
  2. Ada-ada...

    Banyak juga saintis-saintis kita buat kajian tetapikan dasar negara kita yang lebih mementingkan sektor-sektor yang membawa pulangan besar kepada aset negara seperti hiburan, pelancongan, kebudayaan dan sebagainya. Maka, aspek-aspek lain yang perlu diberi perhatian agak keciciran sperti sains dan pendidikan. (Kalau ada diberi perhatian pun, kurang dan mungkin tidak efficient). Sayangkan?

    Barangkali itu sebabnya kita masih belum dapat bersaing duduk sama renadah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara maju yang lain. Kerana definisi maju kita agak berbeza. Sekadar pendapat =)

    Oh, ya. terima kasih atas doa cikgu. saya belum habis exam, lambat lagi nak habis, hehe... Sedang interval antara exam.

    ReplyDelete
  3. salam
    banyak saintis2 Malaysia hasilkan ciptaan2 yang berguna dan bermanfaat tetapi tidak punya tempat di negara ini. Kalau di UTM misalnya semua graduan akan diminta untuk buat tesis atau rekaan terbaru jadi rekaan ini wajar dikomersialkan untuk jadikan barang Malaysia. Secara tak langsung kita dah boleh kurangkan pergantungan terhadap bahan teknologi import dari luar negara

    ReplyDelete
  4. zharif : betul memang banyak, tapi tidak di ketengahkan untuk bacaan umum. simpan dalam library universiti je buat apa...

    balqis: wah...masih stress lagi la ya...

    sonata : betullah tu... simpan dalam almari kaca kat universiti masing2 je, takut orng curi kut... kita ni asyik baca kejayaan saintis atau penyelidik luar je, padahal, Prof.-prof kita ni sama hebatnya... kalau ada laman web yang kumpulkan hasil saintis2 kita alangkah bestnya dan bangganya kita kan...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.