Friday, June 5, 2009

cikgu jugak yg tak kluar2 sekolah

3/6 :dapat mesej dari bekas anak murid, minta melayari blognya. (saya pautkan di bawah The Generations of Setia). Wah ....sudah jauh kakinya melangkah. Bukan dia sahaja, ada juga anak murid yang dah masuk AF (jadi finalist lagi), yang dah sampai ke US, Rusia ...tapi belum ada yang sampai ke angkasalepas lagilah ya.

Seronoknya menjadi guru, bila melihat anak-anak murid kita berjaya dalam hidupnya, memanafaatkan masa mudanya dan membina kerjaya masing-masing.

Tapi...kadang-kadang terdetik juga, adakah yang kecundang, menyusahkan orang lain dan membazirkan masa mudanya? Kalau ada... apakah saya juga ada menabur saham dalam kancah hidupnya?

.... alih-alih, saya juga yang masih setia di sekolah ini, dengan jari jemari yang keputihan dek masih menulis mengunakan kapur.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. guru adalah lebih tinggi dari pemimpin2 yang ada kerana gurulah yang membentuk dan mendidik mereka.Maka gurulah satu2nya pekerjaan yang tertinggi di dunia ni
    Teruskan perjuangan cikgu mendidik anak bangsa =)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.