Saturday, May 5, 2012

semut dan gajah

Apabila kita hidup untuk diri kita semata, maka kelihatan kehidupan ini singkat dan kerdil. Ia bermula sejak kita sedar dan berakhir bersama umur kita yang terhad. 
Adapun, jika kita hidup untuk orang lain, iaitu hidup untuk sesuatu idea maka sesungguhnya kehidupan itu panjang lagi dalam. Ia bermula dari mana bermulanya keinsanan. Ia terus melebar selepas kita meninggalkan muka bumi ini..” ~ Sayyid Qutb kepada adiknya : sumber

Membaca luahan hati insan yang ditinggalkan , memberi bekas dalam hati.

Ditinggalkan kerana penghijrahan ke alam lain, yang lebih kekal di sana. Insan yang baik akan meninggalkan insan-insan baik yang mengingati dan sentiasa mendoakannya. Bagusnya, kan. 

Saya pasti ramai yang setuju.

Dan ramai juga yang mahu matinya nanti sebegitu rupa.

Bukan setakat dikenang dan diingat sahaja. Tetapi juga teriring bersama ingatan itu doa agar kehidupan yang lebih kekal itu lebih baik dan bahagia. 

Bolehkah tercapai keinginan itu?

Apakah hidup saya selama ini memberi kebaikan bagi insan lain? Adakah kewujudan saya di muka bumi ini memberi inspirasi baik dan meninggalkan tapak bagi kebaikan yang lain?

Sayyid Qutb yang mati di tali gantung atas nama Islam dan perjuangan bukanlah tandingan saya. Amat jauh. Ibarat semut paling halus dibandingkan dengan seekor  gajah.

Dan membaca belasungkawa oleh Dr Maza , menambah lagi rasa kekerdilan diri. Saya tidak mengenali Allahyarham Dato Fickry Yaacob, Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, tetapi membaca kisahnya membuat saya kagum.

Memanglah insan yang baik itu, kematiannya juga Allah cambahkan kebaikan di sekeliling. Saya pasti doa-doa  berarak  dan mengiringi Allahyarham, menemaninya di alam yang baru.



Salam ingatan buat di Timur.


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Sentiasa berdoa semoga apabila saya dah kembali ke sana, masih ada orang yang sudi menghantar pahala kepada saya.

    ReplyDelete
  2. harap2 anak yg didik menjadi soleh x putus2 mendoakan kita kelak..

    ReplyDelete
  3. Orang yang baik-baik akan dikenang. Ibarat pepatah Melayu,'Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama'

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.