Monday, May 14, 2012

jemputan awal






Saya kira segala yang akan berlaku selalunya beriring tanda-tanda awal memberi peringatan. 

Kalau hari hendak hujan, terlebih dahulu langit mendung , awan tebal berarak dan suasana menjadi lebih sejuk dan nyaman.

Kalau badan menjadi tidak sihat, demam , misalnya, terlebih dulu diberi tanda lemah dan sakit-sakit badan, kan. Mungkin juga.

Cumanya, kadang-kadang, dan selalunya tanda-tanda itu tidak kita ambil pusing dan peduli. Meremehkan. Cuba menyisihkan jika perlu, atas banyak alasan.

Haji Dolah tu dah meninggal.

Suara pakcik di sebelah katil emak mertua saya jelas mencecah telinga. Bilik yang memuatkan dua orang pesakit di Hospital Kuantan itu bukannya besar mana pun. Pakcik tersebut meneman isterinya, yang kebetulan juga akan menjalani prosedur sama seperti emak mertua saya.

Ayah mertua yang menjadi teman berbicara pakcik itu, mengangguk. 

Tuan Haji Seman tu pun dah meninggal.

Sambung pakcik itu lagi.

Oh, Seman tu pangkat anak sedara tu. 

Rupanya ramai juga kenalan pakcik tersebut  yang terkait dan berkait dengan bapa mertua, sama ada dari sudut tali kekeluargaan atau kenalan. Dan beberapa nama yang disebut kebanyakannya lebih kurang sebaya atau berbeza usia beberapa tahun sahaja dari bapa mertua. Dan nama-nama tersebut kebanyakannya telah pun berhijrah terlebih dahulu ke alam yang lebih kekal.

Itu petanda kah?

Saya yang mendengar terfikir dan berfikir. 

Bila mendengar kenalan si polan itu atau si polan ini telah meninggalkan dunia yang fana ini terlebih dahulu sedangkan usianya sebaya, iaitu  seusia 46 tahun atau lebih muda dari saya, apakah yang tergaris dalam fikiran? Muda lagi, sudah dipanggil, kan. Muda lagi , sudah dijemput Allah, kan. 

Adakah saya ini terkategori dalam usia muda? Ah, tentu tidak.

Kenapa bila mereka yang seusia saya itu berhijrah ke alam barzakh, saya menyatakan yang mereka masih muda? Sedangkan pada hakikatnya, sekarang ini, saat ini, sedang sakit-sakit di pinggul ini terasa menyucuk, tua itu seperti sinonim sekali dengan usia tersebut.

Dan berita kematian di sekeliling, bukankah ia menjadi petanda buat saya?

sumber

Bahawa bila-bila masa sahaja, kan, panggilan keramat itu bisa saja berlaku. Jemputan itu,  sama ada yang dijemput itu bersedia atau tidak, terpaksa juga ditunaikan. Setuju atau tidak. Perlu akur. 

Kalau difikir-fikir dalam keadaan waras ini, ah, menakutkan sekali. 

Tanda-tanda di sekeliling makin banyak.

Dan saya masih tetap , leka.


~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. Assalamualaikum...

    Sentiasa bersedia kerana panggilanNya bila-bila masa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikummussalam razak.

      manusia yang bijak dan patut saya contohi .. :|

      Delete
  2. kena selalu muhasabah diri la kan?

    ReplyDelete
  3. sudah dijanjikan tuhan..tidak kurang atau lebih sesaat pon ketika ajal menanti..

    ReplyDelete
  4. Salam cikgu..

    just nak share. ayah saya baru meninggal 2 bulan lalu pada umur 54 tahun.ramai orang anggap usia muda..tapi yakan kematian itu tidak mengenal usia..bila tiba masanya, maka pergilah..al fatihah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takziah dari saya

      doa saya moga roh ayah faizal ditempatkan bersama para solehin

      Delete
  5. Bila orang kata kita nampak, mesti hati rasa seronok. Hakikatnya macam yang Cikgu kata, umur bukan penentu bila kita dipanggil Allah. Semoga kita tidak lupa diri bila diri dipuji 'nampak muda'. Nampak muda, hakikatnya......

    ReplyDelete
    Replies
    1. hakikatnya , kubur dah memanggil2 kan. adui, menakutkan

      Delete
  6. Guru adalah batin suci hatinurani,
    penjunjung budi, manusia yang takwa,
    obor hemah kehidupan bangsa.

    A. SAMAD SAID
    2 APRIL 1988

    selamat hari guru

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.