Dua hari ini, saya banyak membuang masa.
Sedar-sedar sudah malam Isnin. Ah.... menyesal kemudian, sentiasa tidak berguna. Berjanji dan berazam dengan diri sendiri memang teramat payah hendak ditunaikan.
Saya sedar kalau digrafkan iman saya tatkala ini, ia berada di paling bawah dalam lengkung huruf U. Berada dalam zon selesa boleh membuatkan seseorang seperti itu. Itu yang saya fikir. Segalanya mudah, bangun pagi hingga waktu hendak tidur begitu santai masa-masanya. Tiada yang hendak dikejar, ditangis atau dicari-cari.
Alhamdulillah. Memang bersyukur.
Tapi, ia membuat saya jadi leka juga.
Dan bila esok tiba hari untuk bekerja, tanda-tanda serangan panik secara perlahan muncul . Dan Isnin tetap dipersalahkan kerana muncul begitu pantas. Dilabel Blue Monday dan lebih parah Black Monday.
Bila rasa terdesak ini muncul, tetap padaNya saya mohon, moga dipermudahkan segala urusan saya esok, serta hari-hari seterusnya.
Tak malu sungguh , kan....
Tak malu sungguh , kan....
~cikgunormah@klcitizen~