Researchers have found that happiness forms a U-shaped curve over the course of life. We're happiest in youth and old age - The Geography of Bliss , pg 371
Terjemahan:Pengkaji mendapati kebahagiaan membentuk lengkung huruf-U melintasi perjalanan hidup. Kita di puncak bahagia semasa zaman kanak-kanak (muda) dan di usia tua.
Itu kajian.
Dan kajian biasanya berdasarkan fakta yang terkumpul dan biasanya melibatkan pengukuran dan penganalisaan secara saintifik.
Walau pun ia tidak menggambar keadaan sebenar bagi setiap individu, tetapi secara umumnya ia boleh merasionalkan keadaan.
Waktu remaja, saat mencari identiti , jiwa kucar kacir, bahagia dan sedih seperti hembus nafas , silih gantinya pantas.
Bukan mengata sesiapa, berdasar pengalaman sendiri. Resah , bosan, geram dan menyampah adalah kamus realiti waktu itu. Di waktu tenaga melimpah, tenang sukar menyinggah. Emosi tidak stabil.
Menghampiri usia senior , hehehe, taknak juga menyebut tua, segalanya lebih stabil. Alhamdulillah.
Nampak gayanya saya semakin menghampiri puncak hujung huruf 'U'. :)
~cikgunormah@klcitizen~