Wednesday, September 7, 2011

rasa macam nak cubit-cubit je...




Sabar cikgu, sabar

Semakin banyak membicara tentang sabar, semakin banyak pula adegan dalam kelas yang menguji tahap sabar itu. Realiti. Jangan menyangka yang engkau tidak akan diuji wahai cikgu.


Walk the talk

Kotakan apa yang dikata.

Memang mudah menunjuk , mengata silap insan lain tetapi mengakui silap sendiri dan menyatakannya secara eksplisit untuk diketahui oleh insan lain , itu yang payah amat.


Duduklah, buat pembetulan ujian awak ni.


Tak nak. Banyak sangatlah cikgu.

Dia berdiri di hadapan kelas. Membaca kertas-kertas yang tertampal di papan kenyataan kelasnya.

Yang lain sibuk menulis. Tak peduli dengan drama yang berlaku. Dah faham benar dengan kerenah si dia yang satu itu.

Malas hendak melayan kernahnya, saya membiarkan sahaja. Meneruskan aktiviti saya yang sepatutnya.

Melihat tiada respons dari saya, dia duduk di sebelah rakannya yang sedang menulis. Tak lama. Saya lihat kawannya itu berhenti menulis, bersembang pula dan bergelak tawa.
Alahai.

Panas.

Di luar dan dalam hati saya. Budak sekecil itu boleh menaikkah darjah kepanasan hati saya setinggi ini. Ajaib sekali kuasa Tuhan. Tidak perlu pun saiz badan atau lancang mulut untuk berkata, tahap sabar saya rapuh sungguh rupanya.

Suara saya memanggil nama dia ibarat halilintar. Hilang sudah lembut suara, ada nada geram, amarah dan menyampah menyeringai dalam panggilan.

Ish, cikgu ni. Apa lah nak marah-marah. Sabar lah sikit. Nanti cepat tua.

Annoyed
Kita pulak yang disuruhnya bersabar dengan kelakuannya.

Kalau anak sendiri ni dah lama kucubit mulut kau wahai budak, biar lebam seribu.

Aduhai. Sabar, sabarlah cikgu.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...