Hari ini mood membebel.
Meluat. Menyampah. Mual. 3M. Tidak positif langsung kan.
Meh lah nak cakap sikit kat budak-budak kita ni. Makcik ni dah menyampah, geli geleman pun ada, nak, oi.
Makcik taulah korang ni tengah bercinta. Makcik tau korang ingat makcik tak paham perasaan korang. Makcik pahamlah. Kalau dah nama cinta, sayang, rindu, sapa yang tak tau.
Si Comot kucing jiran sebelah tu pun kalau tak jumpa boipren dia seminggu, dok mengiau tak henti-henti.
Depan-depan makcik ni, dok berpeluk. Tangan budak laki ni pun asik kat pinggang kamu dik minah. Pipi dah bergesel-gesel , kalau ada gam cap gajah, bagus jugak sental kat pipi tu, tak yah risau pasal rindu.
Udahlah nak. Tengah sayang ni memang, puji melambung. Bau hangit peluh pun rasa macam bau kasturi, kan.
Nanti kalau dah jeles menjeles, dah tak caya, menyumpah kat FB macam tak hingat. Dok shit sana shit sini macam dia saja yang sakit hati.
Ni, sekarang ni, makcik ni tengah sakit hati. Nak makan roti canai kat kedai mamak ni pun tak tenteram nak oi. Dah, yang awak bedua dok bermadu kasih depan-depan mata ni, macam takde rasa malu kat orang-orang tua yang lalu lalang. Ish....
Nak bercinta tak salah. Sapa kata salah. Tapi bermadu kasih sebelum kawin tu yang salah. Kalau awak bedua ni kucing takpelah jugak.
Ish...
~cikgunormah@klcitizen~