Saya suka Isnin yang ini.
Mungkin sebab saya sudah puas berlibur 3 hari yang sudah. Atau mungkin sebab cuacanya. Hujan gerimis sejak pagi. Kalau ada fanpage untuk cuaca pada hari ini saya akan like banyak kali.
Juga mungkin sebab saya tidak perlu mengajar hari ini. Masuk kelas seperti biasa, cuma mengawasi anak-anak yang tidur tidak dapat menjawab soalan peperiksaan. Jadi babysitter dalam kelas. :)
Kak, hari ni saya nak bayar hutang.
Menjadi kewajipan melunaskan hutang. Tidak kira berhutang dengan siapa pun. Takut di padang mahsyar nanti, dalam keadaan manusia beribu juta itu, terpaksa memikul duit mencari pemiutang itu, minta dihalalkan. Mana hendak dicari? Sedangkan masing-masing pun sedang sibuk yang teramat memikir untung nasib diri sendiri, mana mungkin memikir masalah orang lain waktu itu.
Hutang apa cikgu?
Yalah , cikgu. Tapi kejap lagi dia sampai, boleh juga cikgu bagi kat dia.
Eh, tak pe, tak pe. Tengah teringat ni baiklah saya bayar. Ha , akak kira sekali, saya order nescafe gelas besar kat luar tadi. Oklah. Semuanya RM81.20, cikgu.
Saya pun mengorek-ngorek tote-bag saya itu. Besar beg ini boleh mengisi pelbagai benda, ada buku rekod mengajar, kertas jawapan pelajar yang masih belum disemak, ada dua tiga batang white board marker, ada kunci rumah, kunci kereta, ada bateri -mana datang bateri ni?-, ada dua novel yang belum habis baca, ada kipas tangan, ada botol Eye-Mo .... Eh! Mana beg duit saya?
Muka saya merah. Semerah warna beg saya itu rasanya.
Kak, minta maaf banyak sangat. Tak bawak beg duitlah pulak. Tertinggal dalam beg di rumah. Air nescafe tu saya hutang lah pulak.
Konon, kan, semangat nak bayar hutang, kena menambah hutang pulak di hari Isnin yang saya suka ini.
Salam Isnin yang gerimis.
~cikgunormah@klcitizen~