Masalah yang sama juga. Diejek oleh rakan. Rakan memanggilnya dengan nama bapanya. Muka merah menahan marah. Lantas beliau pun membalas ejekan, memanggil nama bapa rakannya pula.
Ejekan berbalas ejekan. Kelas jadi bising dan gamat. Saya sekadar mengganti rakan yang tidak dapat hadir bertugas. Sedari tadi saya duduk mendengar sahaja, bila suasana makin panas, saya pun bangun. Pelajar Ting 3 masih ada ciri kanak-kanak, pantang mendengar nama bapanya disebut, terus terasa diejek.
"Apalah yang awak terasa sangat. Nama bapa awak bukannya teruk benar. Aruah bapa saya namanya Mispar, rakan-rakan saya dulu mengejek saya anak Vespa.... ha lagi parah. Tidak lah pulak saya naik angin macam awak ni. Biarlah diorang memanggil nama bapa awak pun. Itu menunjukkan yang awak ada bapa, dan orang ingat nama bapa awak."
Mereka terdiam.
Seorang pelajar perempuan bertanya saya secara senyap, apabila saya melewati mejanya cuba mengawal kelas.
"Cikgu, vespa tu apa?"
~cikgunormah@klcitizen~
anak2 saya penah gak mengadu..budak klas dia bukan ejek guna nama ayah tapi main nama datuk plak...saya bgtau kat anak,lantakkan je..apa nak kesah bukan sakit pun...dah penat nanti diorang berenti le...tapi anak saya kata sakit pe...sakit ati...hahaha....
ReplyDeletehahaha. budak2 sekarang, Vespa pun taktau
ReplyDeleteni mesti kes arwah mispar ni wong jowo (org jawa).
ReplyDeleteanak saye pun bermasaalah gitu juge .. sbb name jawa saye one in a million, kerap d ajukkan dgn satu benda ni .. anak saye kerap ngadu yg kwn2 dia ejek2 name papa dia ..
sampaikan anak saye kerap kate " papa gi la marah kwn ni yg ejek2 name papa tu" .. jwb saye .. kwn tu dengki kot sbb name papa, sedap ...
hu..hu..
haha.. kesian.. zaman sekarang bdk dh x nampak vespa ka jln.. maka tak kenallah..
ReplyDeleteHehehehehe... sian. VESPA pun ada yang tak tau. Nak gelak pun ada.
ReplyDeleteTapi memang ada segelintir orang yg sensitif bab nama bapa kene ejek ni.
alahai.. budak oh budak.
hehehe..lagi parah yek, vespa pun tak tau..
ReplyDeleteingatkan budak sekolah rendah jer yang suka mengejek..
ReplyDeletetapi sebenarnya memang sekolah menengah lagi parah..
pernah nama bapa diejek juga..
ustaz kata jawab balik alhamdulillah
:)
beritahu je.... vest + epal = vespa
ReplyDeleteempty headed ke...naive tapi
ReplyDeletebagus juga budak perempuan tu tak tahu apa itu Vespa...
beritahu je... vest campur epal = vespa
ReplyDelete@hai
ReplyDeletesebab sakit ati tulah.. asyik berperang je diorang dalam kelas nih
@ain fathihah
ReplyDeletebuat-buat tak tau kut
@aby
ReplyDeletememang orang jawa...
@azieazah
ReplyDeletebila dah tetua ni, taklah sensitif mana pun...
@Syura Ambin
ReplyDeletetu lah syura..