Sejak Khamis hinggalah Sabtu, seperti orang lain juga, saya pun sama sibuk. Hinggakan blog terbiar dan komen rakan-rakan dalam entri hari Rabu lepas tidak terjawab. Maafkan saya.
Sudah 2 Syawal berlalu, alhamdulillah, selamat dalam perjalanan pergi dan balik serta kembali ke rumah. Tinggal lagi, mengemas kain baju dan kuih muih yang dibawa balik dari kampung. Pergi berangkut, balik pun berangkut juga.
Kenangan Syawal tahun ini biasa seperti yang sudah-sudah. Cumanya, sempat menziarah bapa saudara yang kerjanya cuma membuat kerepek secara kecilan, terserempak dengan anaknya berusia 10 tahun, sedang mengadap laptop di ruang tamu yang agak kecil dan sempit.
Saya pun menjengah ke skrin di laptopnya. Wah, rupanya sedang berFB di petang raya.
"Entah apalah yang dihadapnya komputer tu. Tiap hari macam tu lah. Entah kerja apa yang dibuatnya," emak saudara saya bersuara. Maklumlah, 'buta' komputer, jadi tidak tahu apa yang dibuat oleh anaknya itu.
Rupanya, zaman berubah, rasanya seperti baru sahaja fenomena tuan rumah asyik menonton televisyen di hari raya, sekarang ini, trend ber FB pula di hari raya, kan....
~cikgunormah@klcitizen~
Salam,
ReplyDeleteAlhamdulillah, selamat kembali ke rumah. Tentang cerita budak 10 tahun, tertanya juga dalam fikiran ini macam mana dia boleh tahu tentang FB ? Umur 10 tahun bererti baru darjah 3. Harap pelajaran sekolahnya juga bagus.
salam lebaran cikgu,
ReplyDeletebetul tu.. anak murid asyik update status jer.. dan lagi tu..
walaupun tanpa laptop, FB masih boleh dilakukan dengan HP kak..
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteTrend baru ya cikgu
Blog IM pun terbiar. walaupun bawa notebook balik kampung konon nak jengah, tapi bila dah jumpa adik beradik... cit cat dengan depa ajelah...
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeletememang kite tak dapat nak elak semua trend, ya tak ya kena awasi saje lah. yang baik tu bagi galakkan.
salam cikgunormah...zaman berubah selari dengan perubahan teknologi....hmm..tak sama dengan zaman kita dulu, kan?Dah ilang kemeriahan beraya...tak tahulah disebabkan peningkatan usia atau trend sekarang yang jauh berbeza
ReplyDelete@luahfikiran
ReplyDeleteLF sekarang ni darjah satu pun dah ada FB, pelajarannya tak taulah sy pulak...
@cikgu isza
ReplyDeleteYa, sempat lagi diorang tu kan
@imanshah
ReplyDeleteBetul tu iman, sekarang ni, semuanya di hujung jari
@Abd Razak
ReplyDeleteSekarang ni macam2 trend
@Insan Marhaen
ReplyDeleteNi pun baru sempat update blog
@musi
ReplyDeleteItulah, kekadang kena juga ikut trend, tapi mana yang baik je la
@erisya nor
ReplyDeleteZaman berubah memang lain sekarang ni, 10 , 20 tahun lagi entahlah camana kan