Tuesday, September 28, 2010

kasih dan sayang

Semasa acara taman terbuka di kawasan perumahan saya sempena bulan Syawal, Sabtu baru ini, saya tertarik dengan ucapan perasmian oleh Nazir Masjid yang hadir. Seperti biasa, saya tak ingat nama Datuk tersebut.

ini bukan nazir masjid, tetapi pengerusi taman
Antara katanya, jika kita minta seseorang berdiri di hadapan kita, pasti kita boleh menyenaraikan sebanyak mungkin segala kesilapan dan ketidak betulan yang ada pada insan tersebut. Sebaliknya segala kebaikan yang mungkin ada padanya, sukar hendak kita senaraikan. 

Saya bersetuju benar. Kemahiran melihat kebaikan atau kelebihan  dan mengenepikan kekurangan insan di sekeliling kita sebenarnya tidak dapat wujud secara semula jadi. Ia perlu disemai dan ditanam dalam diri kita secara sedar. 

Yang peliknya, melihat kekurangan insan lain ini tidak timbul kalau kita sedang dilamun cinta dengan insan tersebut. Apatah lagi kalau ia cinta pertama. Segala yang ada pada si dia menjadi baik dan cantik. Hatta, pipi penuh jerawat pun tidak akan kelihatan di mata kita. 

Tetapi, jika tiada rasa kasih dan suka, insan yang cantik sempurna di mata orang lain jadi buruk di pandangan mata kita. Ajaib betul penangan kasih dan sayang.

Kerana itulah, doa seorang Muslim mestilah diselitkan harapan agar Allah mencurah rasa kasih dan tautan hati sesama saudara seugama, agar kita sentiasa dapat melihat kelebihan dan kecantikan saudara kita.

Pernah saya terdengar, bahawa satu cara mendapat husnul khatimah adalah dengan mempunyai hati yang bersih dari segala kebencian. Untuk menghilangkan kebencian itu pula, terlebih dahulu kita perlu berupaya melihat saudara di sekeliling kita dengan pandangan yang indah dan menarik kan...

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. Salam cikgu.

    Mcm tu lah kebiasaannya. Kesalahan org cepat kita nampak tapi kebaikannya kita buat tak pandang.

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu

    Begitulah manusia ni...tidak dapat lari dari sifat buruk dalam hati,nak melawan sifat buruk ni amat susah....semoga kita semua terhindar dari sifat tersebut.

    ReplyDelete
  3. orang selalu cakap, sebelum tidur maafkan kesalahan orang2 di sekeliling kita...

    cakap mudah, dengar mudah...nak buat tu payah juga.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.