Wednesday, September 15, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah, hanya untukMu 


kerna masih bisa aku bangun, 
merasa sejuk air mengalir di badan.
masih bisa berlari, 
atas kehendak dan rasaku.
masih bisa ku kunyah dan ku telan
nikmat manis dan pahit kehidupan.

Alhamdulillah, hanya untukMu

kerna masih bisa berbicara,
walau tutur kata ada kala menghiris luka.
masih bisa melihat dan memandang,
walau hati sebak dan gundah.

Ahamdulillah, hanya untukMu.

walau 7 lautan menjadi tinta,
menyebut kasih dan rahmat Mu.
malah tidak cukup dan tidak bisa,
menggaris tiap satu yang masih boleh.

Tika , tiba saat nanti, Kau tarik satu demi satu dari ku,
Alhamdulillah, hanya untukMu
kerna beri aku peluang semua itu.


~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 comments:

  1. Alhamdulillah...

    Kita masih boleh bernafas..

    ReplyDelete
  2. Sesungguhnya Rahmat Nya amat tidak terhingga...doakan agar kita semua sentiasa diberikan hidayah untuk terus mensyukuri...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah menggunakan nafas yang dipinjam oleh-Nya...insyaAllah akan dipergunakan dengan sebaiknya ...

    p/s:Kak Normah dah pandai merungkai kata :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, segala puji bagi allah, yang mengurniakan nikmat Islam buat kita semua

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah atas segala nikmat dan rahmatNya sehingga ke hari ni..

    ReplyDelete
  6. SALAM,
    YA, KITA SEHARUSNYA SENTIASA MEMANJATKAN KESYUKURAN KITA KEPADA ALLAH DALAM KEADAAN APA SEKALIPUN. ALLAH MAHA PENYAYANG

    ReplyDelete
  7. kata2 yang bermakna untuk dihayati.. :)

    ReplyDelete
  8. xlambat kot nak ucap slamat beraya

    ReplyDelete
  9. Seluas lautan syukur ke hadrat Ilahi kerana Rahmat yang diberi sepanjang Ramadhan dan idil Fitri..

    ReplyDelete
  10. alhamdullillah hamba2 memuji penciptanye, Allah swt,

    bagi saye,
    tk rugi tk di anugerahkan darjat kebesaran atau menjadi ahli royal club di mane2 ..

    tetapi amat la rugi jika saye tidak dapat ucapan Alhamdullillah dari robbilalamin, tuhan semesta alam, atas sifat ar rohman nir rohim, yg maha pemurah lagi mengsihani, ape yg di harap pade malikiyau middin, hari pembalasan,
    robbilalamin, raja segala raja, hakim segala hakim, tuhan segala tuhan, Allah swt, selepas penghakiman nye mengucapakn alhamdullillah kpd saye ... pujian allah terhadap hamba nye ...
    yg pasti akan menempatkan saya dalam club, Jannah atau lebih mudah, menjadi ahli syurga ..
    insyaallah ...

    ReplyDelete
  11. @Abd Razak

    kesihatan adalah nikmat yangterbaik selepas iman...

    ReplyDelete
  12. @hazeleyed lady

    sama2lah kita doakan ya kak hazel

    ReplyDelete
  13. @cikgu isza

    harap membawa makna yg baik

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.