Sunday, September 26, 2010

berangan




Dalam  minggu ini heboh di FB dan blog tentang perkahwinan ala fairy tale yang berlangsung  pada Jun 2010. Ramai yang sudah menonton saya kira. Memang tidak pernah terfikir akan perkahwinan sehebat begitu.  Hanya orang berduit lebihan sahaja yang mampu.

Saya tidak mahu mengulas aspek teknikal atau aspek keislaman. Benda sudah terang lagi bersuluh, kan. 

Cuma tika memandu menyusuri di sebuah jalan kawasan perumahan elit, hati sendiri tertanya-tanya. Setiap rumah berpagar tinggi, supaya orang-orang luar seperti saya tidak dapat melihat ke dalam. Hampir semuanya memiliki sistem penggera keselamatan. Ada pula yang lebih berduit agaknya, mengupah pengawal keselamatan di luar.

Memang tidak disangkal lagi, harta benda mewah impian semua. Tipulah, kalau saya kata saya tidak ingin seperti mereka, punya lebihan wang sebegitu, dengan kereta-kereta menjalar di kawasan rumah. Di dalam rumah mestilah punya alatan dan perabot mahal, dengan kemasan rumah yang pastinya membuat mata terpegun.

Namun begitu saya juga percaya, pagar yang tinggi, alat penggera keselamatan dan pengawal keselamatan di luar juga mewakilkan sebahagian dari gaya hidup tidak selamat. Kerana harta sebegitu rupa mengundang masalah lain pula. Sedangkan rantai seurat di leher bagi orang-orang biasa seperti kita juga boleh membawa padah, apatah lagi dengan harta benda sebegitu.

Betullah, harta benda merupakan ujian dalam hidup kita.

Sibuk kita mengumpul harta, membeli tanah dan rumah lebih dari sebuah, agar hari tua kita senang, supaya nanti anak-anak yang kita tinggalkan tidak merempat. Tetapi hakikatnya benarkah situasi ideal itu akan kita dapat ?

Banyak yang kita telah dengar, baca dan lihat. Dek kerana harta yang kita kumpul, adik beradik, sanak saudara bermasam muka. Dek buta mata dengan harta nanti, anak-anak mengharapkan kematian kita agar lebih cepat.

Kalau diikutkan sirah Rasulullah s.a.w., Baginda sebenarnya sangat kaya raya, kerana setiap harta rampasan perang, ada bahagian yang besar buat Baginda. Namun, semua kita tahu di hari kewafatan baginda Rasul, harta yang ada amat-amat sedikit.

Memang tidak terikut rasanya saya dengan sifat Baginda Rasul. Begitu zuhudnya, dan ikhlasnya dalam perjuangan.

Saya?

Di manakah letak duduknya saya dalam urutan kezuhudan tersebut. Memang amat jauh sekali.

Sedangkan, waktu menaip ini pun masih lagi berangan memiliki rumah banglo nanti, dengan kereta mewah berwarna kuning di halaman, kalau boleh juga, ingin bershopping setiap minggu membeli beg tangan berjenama mahal, sedondon dengan kasut Croc yang asli, bukan tiruan.

mmmm.

~cikgunormah@klcitizen~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 comments:

  1. dan jangan lupa sesuatu cikgu..
    semakin besar periuk makin besar keraknya..

    ReplyDelete
  2. wow.. balik dinner trus menaip.. sungguh advance!

    pasal berangan ni, xyah nk crita lah.. org baya2 sy ni mmg angan2 mak jenin.. tp akak xyah berangan, kelip mata dh ada kt depan.. hehe..

    ReplyDelete
  3. tak salah angan-angan kalau disertai dengan usaha.. bila dah berjaya jangan lupa pandang belakang.. jangan ikut filem jangan pandang belakang tu sebab itu cerita orang yang lupa daratan.. hehe

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Tidak salah untuk menjadi kaya, namun kekayaan itu jangan dijadikan tuhan. Jadikan segala harta itu hamba kepada kita. Segala kekayaan itu semuanya dihalakan kepada jalan Allah. Kaya tapi zuhud dan warak, itulah sebaik-baiknya.

    ReplyDelete
  5. teringat rumah Nik Aziz. tak perlu ada pagar. tak perlu ada tukang kebun.

    ReplyDelete
  6. saya juga menonton video itu,dan mengucap panjang sesudahnya.Moga tiada keturunan saya akan jadi sekaya itu.bahaya.huhu...

    dan saya juga takut,jika kelak saya diuji dengan kekayaan.Apakah saya mampu atau sebaliknya :(

    Entry Baru:
    -Yelah,saya ni orang asing...
    -Ulama Politik ?

    ReplyDelete
  7. siapa yang tidak teringin dan berangan utk hidup mewah cikgu ? Tapi bila fikir balik, banyak juga risikonya antaranya apa yang cikgu senaraikan. Ada juga kita dengar hidup mewah, selalu bershopping dan bercuti ke luar negara, ada driver lagi...tapi hidup bosan dan kesunyian juga. Jealous juga bila dengar ada kawan saya ada klinik sendiri, ada rumah 'paling besar' di daerah tertentu...tapi bila fikir balik, saya patut bersyukur dengan apa yang saya ada dan dapat dan cuba compare dengan orang yg kurang dari saya...Teringin juga nak pakai beg jenama terkenal yg semestinya mahal, tapi rasanya kalau saya pakai yg ori pun mesti orang kata tiruan jugak...baik tak payah beli hehehe..Lagipun daripada beli beg dengan harga tuh, lebih baik saya buat down payment beli apartment hahaha...

    ReplyDelete
  8. Salam...

    Teringat kisah pak sedara saya,

    Rumah besar,kereta besar, bagi saya memang kategori orang kaya.

    Bila dia meninggal dunia,maka si isteri tadi jadi takut,kerana rumah terlalu besar,nak harapkan anak-anak mememan,anak2 juga semua sudah ada rumah sendiri.

    Maka tinggalah bersendirian,nak duduk rumah anak,tak selesa pula..org kata "home sweet home"..

    Akhirnya agam itu kosong tiada berpenghuni...maka si ibu tinggalah dirumah anak secara bergilir-gilir...

    Moral of the story : jangan buat rumah besar2...cukuplah untuk kita suami isteri tinggal bila dah pencen nanti.Anak2 ada kehidupan sendiri bila dah berkahwin.

    ReplyDelete
  9. Sungguh, sebagai manusia biasa kita memang teringin dan sangat berhasrat nak lebih kaya dan lebih mewah, kalu boleh nak lebih dari sesapa saja..

    Tapi jauh di dalam kehidupan sebegitu, tetap ada yang masih tidak sempurna. kan?

    ReplyDelete
  10. Fairytale wedding yang paling saya suka ialah masa Lady Diana and Prince Charles kawin. She was really beautiful at that time. But....the ending wasn't like the fairytale at all...BUKAN 'live happily ever after".

    ReplyDelete
  11. saya hanya pakai apa yang cantik dimata, menutup aurat dan tak pedulilah barangan berjenama atau tidak..

    ReplyDelete
  12. kaya raya tak salah...
    Syd.Uthman Affan tersangatlah kaya... tokoh koperat zaman tu... tapi bila seruan jihad tiba dia paling banyak menginfak hartanya.

    Saidatina Khadijah isteri nabi juga wanita besi ketika itu. Sering kita lupa pada kekayaannya.

    ReplyDelete
  13. sy berpijak di bumi nyata, perkahwinan sy dulu pun mana boleh, sy buat sendiri utk jimat, begitu juga kelak ngan anak-anak... kita sedar diri kita, cuma orang biasa, pendapatan biasa... kan :)

    ReplyDelete
  14. Salam Normah.

    Kita dikehendaki MENCARI, MEMILIKI dan MEMBERI.. dan kita kena elakkan membazir serta tidak meminta-minta.

    ReplyDelete
  15. fairytale masa majlis kawen..kalau sepanjang perkahwinan begitu, bagus la..

    ReplyDelete
  16. @Mak Su

    kita pun samalah maksu, kawin ala kadar je
    janji kawin

    ReplyDelete
  17. @abu muaz

    betul tu... tapi takut kaya yang tidak beserta kekayaan iman

    ReplyDelete
  18. @imanshah

    betullah iman
    kita serupa, tapi keinginan dalaman tetap ada

    ReplyDelete
  19. @Yatie Ariffin

    itulah yatie...
    hakikatnya mana ada orang yang dapat semuanya dalam hidup ini

    ReplyDelete
  20. @azieazah

    betul azie..
    kehidupan dunia, mana ada yang sempurna

    ReplyDelete
  21. @Mankuchai

    kena buat rumah kecik sikitlah... tak nak jadi cam gitu

    ReplyDelete
  22. @FairyLilly

    wah dah nak beli apartment dah ya lilly?
    bagus tu

    ReplyDelete
  23. @.cik yaya.

    bila yaya tulis tu baru perasan...
    :)

    ReplyDelete
  24. @Abd Razak

    betul razak
    tetapi kekayaan biasanya datang dengan ujian yang besar

    ReplyDelete
  25. @Fitrihadi.com

    ha..betul tu fitri, sesekali kena pandang belakang

    ReplyDelete
  26. @Syura Ambin

    amboi... kelip mata dah ada kat depan, macam witch lah pulak...

    sula tengok citer jeannie dulu

    ReplyDelete
  27. @cikgu isza

    ya isza...
    banyak keraknya ni

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.