Thursday, September 16, 2010

Hari Malaysia yang tidak berbekas di hati




Terus terang. Hari Malaysia tidaklah berbekas sangat di hati, tidak seperti Hari Kemerdekaan. 

Kenapa ya?

Mungkin kerana baru tahun ini diisytiharkan sebagai cuti umum, setelah 44 tahun hidup,  saya bercuti setiap kali 31 Ogos.... (bohonglah tu.... tahun 1973 darjah satu, baru tahu 31 Ogos cuti, sebelum tu....tiap hari adalah cuti, jadi taklah sampai 44 kali).

Belum pernah lagi menjejak ke negeri Sabah, walau hati teringin sangat. Tahun ini sambutan Hari Malaysia di Sabah. Mesti best dan meriah di sana hari ini, kan. 

Tarikh ini lah juga, 47 tahun dulu, 16 Sept 1963, telah diisytiharkan bahawa gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura menjadi Malaysia.

Ah!...... Singapura, ...'cinta lama' yang sukar dilupakan. Tapi jodoh antara kita tak lama, 9 Ogos 1965, talak 3 jatuh antara Malaysia dan Singapura .

rusuhan kaum pada maulidur rasul 1964

Di harap, selepas tahun ini, Hari Malaysia lebih tersemat dan lebih berbekas  di hati. Gabungan dan penyatuan  sepatutnya menguatkan dan ia perlu diraikan.

Setiap rakyat Malaysia menginginkan satu-satunya negara yang kita sayangi ini terusan aman damai.

Walau pun mungkin, berjalan berseorangan dengan hand bag dan handphone sekarang tidak selamat, punya harta mewah, berkereta besar juga tidak menjanjikan kita panjang umur, kita masih mahu tetap di sini. Kerana inilah sesatunya tanah air yang kita ada.

Janganlah lagi membarahkan suasana perkauman dengan setiap isu. Masing-masing ada peranannya, kalau tidak Malaysia akan tetap seperti  sebelum 53 tahun dahulu. Dan kita mahu 53 tahun akan datang, Malaysia dikagumi bukan sahaja dengan kemajuannya tetapi dengan sikap tolak ansur serta persefahaman yang menakjubkan antara setiap kaum.

Salam 1Malaysia di Hari Malaysia yang ke 47.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 comments:

  1. salam kak normah, jgn tak tahu 16 september juga hari jadi LKY

    ReplyDelete
  2. SALAM,
    KITA TAK PERNAH MERAIKAN 16 SEPT INI. AKAN DATANG, DENGAN DIBERI CUTI UMUM PULAK TU, DAN DIRAIKAN DI SEMENANJUNG JUGAK, MUNGKIN PERASAAN DAN SIKAP KITA PUN DAH LAIN. APAPUN SELAMAT SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI MALAYSIA.

    ReplyDelete
  3. bukan sukar untuk menghayati dan memahamikan cikgu?

    ReplyDelete
  4. salam cikgu...erisya setuju...mungkin baru sahaja sambut hari kemerdekaan jadi hari malaysia tak lah semeriah mana....cuma hepi dapat cuti pada besdei anak (16 sept)...malaysia juga bukan dunia yang selamat lagi...aa ajer kes bunuh ...dari baby baru lahir hinggalah orang dewasa!

    ReplyDelete
  5. salam...

    betul3x saya tetap bekerja hari nii!!

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Cuti yang baru saya sedari...

    ReplyDelete
  7. @joegrimjow

    ya h

    harap2 Malaysia sentiasa Allah rahmati

    ReplyDelete
  8. @erisya nor

    happy birthday untuk anak erisya...
    memang kurang selamat dah kita di negara sendiri

    ReplyDelete
  9. @cun09

    tak pa
    dapat elaun lebih tu...

    ReplyDelete
  10. Saya rasa ramai yang tak tahu kenapa 16/9 cuti. Ramai kata hari 1 Malaysia.

    Setuju dengan Kak Normah. Kurang penghayatan, kurang pemahaman, kurang pengetahuan maka kuranglah kemeriahannya.

    ReplyDelete
  11. mungkin perayaan ni akan jd perayaan utama di sabah serawak nanti ..
    sebagaimane 31 ogos d semenanjung,
    mungkin 16 sept di msia timur plak ...
    tengok juge ucapan berapi PM mase lintas langsung kt buletin utama tu..

    seronok juge dapt cuti tambahann ..

    ReplyDelete
  12. salam.
    kalo dibuat tanpa keikhlasan cuma nak ambik ati atau nak dapat simpati, memang tak betol lah nawaitu nyer. ngapa dah 47 tahun plak baru nak istihar, ni yang dabel standed nih, sidia tentu kecik ati kan. kepura-puraan tu orang tak minat kot. tu pong pasai dah kena potong trip , he he .

    ReplyDelete
  13. Wow all I can say is that you are a great writer! Where can I contact you if I want to hire you?

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.