Saturday, September 25, 2010

mencarut

Sewaktu awal pemerintahan Umar Ibnu Abdul Aziz, sering datang pelbagai rombongan dari seluruh pelusuk negara untuk menyatakan taat setia kepadanya. Suatu rombongan daripada Hijjaz tiba, dan tampil seorang kanak-kanak sekitar usia 11 tahun, kehadapan untuk bercakap. 

Umar berkata, "Berundurlah engkau dahulu, biarlah orang yang lebih tua daripadamu bercakap."

Budak itu menjawab dengan berani tetapi sopan:,
"Semoga Allah kekalkan pemerintahan Amirul Mukminin! Sebenarnya manusia itu dinilai dengan dua yang paling kecil dalam dirinya, iaitu hati dan lidahnya. Jika Allah mengurniakannya lidah yang petah, hati yang kuat ingatan, maka sudah tentulah dia yang berhak untuk bercakap.

Andai kata semua perkara, wahai Amirul Mukminin diukur dengan umur, nescaya di kalangan umat ini ada orang yang lebih berhak daripadamu untuk memegang jawatan khalifah."
Di petik dari majalh solusi isu no 9: m/s 3

Lewat kini, ramai anak-anak muda sekarang yang punya keberanian seperti budak tersebut. Berani menyatakan pendapatnya secara terbuka.

Namun pada pandangan mata seorang berusia seperti saya, lebih cantik dan menawan lagi, jika keberanian itu disisipkan dengan kehalusan budi serta bahasa yang sopan.

Tidak luak sedikit pun kebenaran yang ingin diutarakan jika kata bersulam hormat. Tetapi malang sungguh, jika kebenaran yang ingin diucap, dicemari dengan carutan (f*** , m*****f****r) dan kutukan. 

Fenomena biasa di laman sosial FB, twitter mau pun blog yang semakin meruncing dan ketara, seolah ingin bertanding siapa yang lebih arif dan pakar dalam bab mencarut serta mengutuk.

*sesekali membaca di ruangan maya, sering menggeleng kepala serta mengurut dada

*ini ialah artikel lama yang saya 'publish' semula dengan sedikit tambahan

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. kita boleh belajar dari cerita sejarah yang di tinggalan (cerita dalam entri ini) tapi itulah cikgu.. kebanyakan bijak pandai tapi ...

    ermmm..

    ReplyDelete
  2. CIKGU, saya ni hanya sempat di blog dan FB saja. Itupun terhad pada kengkawan/anak-anak saja. Twitter pun tak pandai.

    Tapi saya pernah baca blog sorang artis (yang mengaku dah tinggalkan dunia pondan), sampai saya rasa nak muntah sebab ayat dia lebih teruk dari mencarut.. Sejak pada tu, saya haramkan dari klik blog dia.

    Dunia siber ni berisiko, tapi juga berilmu, kita ler yg kena pandai menilai...

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Kebolehan berbicara merupakan nikmat Allah yang begitu besar kepada seseorang manusia. Setiap perbicaraan adalah hasil luahan daripada hati seseorang yang menunjukkan apa yang ada dalam fikirannya.

    Namun dalam tatacara adab bicara, hendaknya tidak menimbulkan rasa marah, tidak puas hati, saling salah menyalahkan, menghina, memaki hamun, mencaci, mencarut, mengeluarkan kata-kata kotor, mengutuk, mengumpat hingga mengaibkan sesama Islam.

    ReplyDelete
  4. nilai dan sopan dalam berkata2 makin luntur dalam jiwa anak muda kita sekarang....bercakap ikut sedap mulut saja

    ReplyDelete
  5. hat tu... tak berhak bercakap. patutnya FB tak boleh bagi lesen...

    ReplyDelete
  6. salam cikgu..
    terima kasih perkongsian
    berguna ni..moga cikgu selalu
    sihat..

    ReplyDelete
  7. Rukunegara yang pertama pun sudah semakin dilupakan, apatah lagi Rukunegara yang ke lima itu....


    Sedih lagi andai Rukun Iman dan Rukun Islam pun tidak lagi menjadi sempadan...

    ReplyDelete
  8. Maaf cikgu Normah...
    Salah eja Rukun Negara.

    ReplyDelete
  9. @cikgu isza

    budak2 sekarang ramai yang terlebih bijak

    ReplyDelete
  10. @azieazah

    tak boleh nak banyang bahasa yang cam nak muntah baca tu azie..
    aish..tulis ikut sedap je kan

    ReplyDelete
  11. @Insan Marhaen

    FB pun tak berminat nak halang, sedikit pun tidak memberi bekas pada admin FB tu kan

    ReplyDelete
  12. @zulkbo

    alhamdulillah setakat ini masih sihat lagi

    ReplyDelete
  13. @ckLah@xiiinam

    nak ke manalah belia2 kita ni kan

    ReplyDelete
  14. emmm...
    memang sekarang ni bahasa kita teruk tercemar dengan carutan dan makian.
    kadang2 tak faham apa yang best bila mencarut tu.

    ReplyDelete
  15. salam

    Memang betul perkataan sebegitu menjadi biasa dikalangan anak muda,rata2nya remaja,lelaki dan pmpn sama jer..mmm

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.