Alhamdulillah, hari ini sudah selesai satu tugas penting. Dalam perjalanan balik ke rumah, seperti biasa membuka radio mendengar siaran IKIM. Jarang dapat mendengar slot Celik Mata Celik Hati, kerana waktu siarannya ialah hari Isnin pukul 11 am begitu . Kebetulan tajuk yang dibincang ialah "Persiapan membantu anak yang menghadapi peperiksaan."
Malangnya tidak ingat tetamu jemputan yang ke udara, tetapi yang pastinya, seorang Dr wanita. Tertarik sungguh dengan saranan dan nasihatnya tentang kejayaan anak-anak, persiapan kita sebagai ibu bapa dan sikap yang perlu kita ambil terhadap anak-anak yang kurang bijak dalam bidang akademik.
Satu saranan beliau ialah ibu bapa Muslim mesti menerapkan dalam diri anak-anak bahawa kejayaan meraih A adalah hanya satu alat bagi kita dalam pengabdian kita pada Allah. Tidak sedikit Muslim di luar sana yang bijak dalam akademik tetapi sahsiah serta peribadi Muslim tidak terjelma dalam tindak tanduk. Kata-kata yang kasar serta sentiasa melihat orang lain lebih bodoh dari dirinya, mengeluarkan kata kesat apabila diri di amuk marah kerana kehendak tidak terpenuh, cepat melatah atas segala perkara yang tidak menyenangkan hatinya serta sentiasa bersangka buruk dengan saudara seMuslim.
Sifat mazmumah itu semua, kelihatan perkara biasa sekarang, apatah lagi, ramai yang sudah berkelulusan tinggi. Kita doakan generasi anak-anak kita tidak dibelenggu dengan tindak tanduk sebegitu rupa.
*anak dapat berapa A? itu tanda aras anak seseorang itu berjaya sekarang.... mmm
*terbaca entri isza , bila doktor pun manusia biasa, memang terkena betul dengan luahan hati saya harini
*terbaca entri isza , bila doktor pun manusia biasa, memang terkena betul dengan luahan hati saya harini
~cikgunormah@klcitizen~
Salam...
ReplyDeleteBenar, bertindak mengikut hawa nafsu kerana biar pun kelulusannya tinggi namun tahap iman terlalu nipis hingga tidak boleh mengawal diri
sangat setuju dengan apa yang diperkatakan kerana saya juga seringkali berpesan kepada para pembaca blog saya tentang hakikat sebuah kejayaan ialah kebersamaan dengan Tuhan ;)
ReplyDeleteEntry Baru:
-Yelah,saya ni orang asing...
-Blog review:Langit Ilahi
Salam;
ReplyDeleteSaya kerap beri tekanan pada didikan, bukan ajar saje no! Didik = ajar+akhlaq. bila ni X dlm masyarakat, ditambah dasar trend kementerian pelajaran tidak menilai akhlaq, semata2 akademik, jadilah masyarakat dan manusia akademik. giler kan. . ho .. ho .
tanda aras A yang dikejar dalam akademik dengan melupakan tanda aras untuk akhlak dan moral maka begitulah jadinya, makin tinggi ilmu banyak juga yang makin miskin akhlak dan adabnya..
ReplyDeletesakit kepala saya memikirkan tanda aras ini. kalau A banyak tapi solat subuh tak bangun nak buat apa cikgu?
ReplyDelete@Abd Razak
ReplyDeleteramai yang begitu sekarang ni kan
@iqbalsyarie
ReplyDeletetapi sekarang ni , susah nak merealisasikan pandangan tersebut
@musi
ReplyDeletepenilaian akhlak in sangat subjektif, kan
terpulang cara hidup dan anutan seseorang
@ibuintan
ReplyDeleteharap2 anak kita tidak semiskin itu
@abu muaz
ReplyDeletemakanlah panadol actifast abu muaz