Friday, September 3, 2010

Pilih Kasih



Adakah Allah pilih kasih?

Pelik juga dengan persoalan ini. Tetapi lewat mendengar radio Ikim baru ini, walau tidak pasti tarikhnya, saya tertarik betul dengan komentar seorang tetamu undangan Ikim. Allah juga pilih kasih....

Hanya hambanya yang layak sahaja yang akan menerima ganjaran kekal dariNya. Bukankah itu pemilihan? Bukan semua yang akan menerima hadiah hebat dari Allah. Hanya insan yang Allah cintai sahaja yang berpeluang. Siapakah mereka? 

  • Orang yang bertaqwa
"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaqwa" (Surah al-Tawbah 9:4)


  • Orang yang cepat bertaubat
" Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan orang yang menyucikan diri" (Surah al- Baqarah 2:22)


  • Orang yang adil
 "Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil" (Surah al-Mumtahanah 60:8)


  • Orang yang bertawakal
"Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal kepadaNya" (Surah Ali 'Imran 3:159)


  • Orang yang membuat kebaikan
"Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik" (Surah al-Baqarah 2:195)


  • Orang yang berjuang pada jalan Allah
"Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berperang pada jalanNya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh" (Surah al-Saff 61:4)
(dipetik dari majalah Solusi no23)


Allah telah menyatakan syaratnya dengan jelas sekali, tapi, manusia bernama saya dan kita, pasti tidak sesempurna seperti yang disyaratkan itu. Ada sahaja gangguan yang menyeret kita untuk tersasar dari jalan yang nampak tertulis begitu mudah ini.


Semoga Allah sentiasa memimpin kita dalam jalanNya.




~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 comments:

  1. InsyaAllah.

    Kita berdoa agar kita tidak tersasar..

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Sememangnya kita yang memilih dan meletakkan diri kita dalam golongan yang dipilih oleh Allah untuk menerima hadiah hebat dari~Nya...

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Terima kasih atas entri ini. Pandangan LF - Allah tak pilih kasih. Allah memberikan ganjaran dan balasanNYA berdasarkan amalan kita. Mungkin ungkapan kata yang lebih sesuai ialah ALLAH MAHA ADIL. Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. adakah aku allah tidak kasih?

    ReplyDelete
  5. suka entry ni...muhasabah diri..adakah saya mauk dalam senarai itu~huhu

    ReplyDelete
  6. semuga allah sentiasa memberi kita petunjuk

    ReplyDelete
  7. Allah tak pilih kasih.. malah MAHA PENYAYANG..

    pilihan di tangan kita untuk menentukan layakkah kita meperolehi segala KASIH SAYANGNYA...

    ReplyDelete
  8. Salam Cikgu Normah,

    Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

    AlRahman mengasihi semua makhluk. AlRahim untuk orang islam saja.

    Sedang berusaha keras untuk mendapat kasih dan belas kesian Allah.

    ReplyDelete
  9. bersyukur kerana Allah memilih kita untuk berada dalam nikmat islam..

    ReplyDelete
  10. @Abd Razak

    pilihan di tangan kita sebenarnya kan

    ReplyDelete
  11. @luahfikiran

    ya...
    Allah memang Maha Mengasihi, dan hanya insan terpilih sahaja yang akan mendapat tempat istimewa di sana nanti, kan

    terpulang pada kita

    ReplyDelete
  12. @Insan Marhaen

    saya kira IM antara yang terpilih oleh Allah... dengan ujian yang berat, IM masih tabah dan pasrah

    ReplyDelete
  13. @iqbalsyarie

    saya pun entah termasuk atau tidak, tak tahulah

    ReplyDelete
  14. @cikgu isza

    semuanya terletak di tangan kita juga kan..
    hendak dipilih atau tidak

    ReplyDelete
  15. salam.
    halusi nye ; allah maha pengasih maha penyayang dan maha pemurah, (de 99 nama allah) kepada semua makhluk sama rata tanpa pilih. makhluk tu sendiri yang pilih nak masuk ke wadah yang baik atau wadah yang jahat, kita sendiri yang meletakkan untuk di sayangi tuhan atau masuk ke kawah neraka . . con: wanita islam wajib tutup aurat spt bertudung dan menutup aggota badan dengan baik, ngape nak dedah sana sini, kan dia sendiri pilih di murkai allah betul tak .. . tak kiralah sape pun; sebelum hambanye(islam) mati allah akan membersihkan dosanya , tapi manusia malang tak memiliki kebersihan tu ! kan ? semasa ditimbang amal nye kelak, akan dicari segala kebaikan walau sebutir pasir/biji sawi yg amat halus pun akan ditrima itu kan kasih sayang tu maka"pilihlah kasih allah robbul alamin."

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.