Friday, September 17, 2010

Digeruni dan dimusuhi

Benda dah lama, tetapi ia akan terpahat sebagai salah satu sejarah dalam kurun ini.

What has been done cannot be undone.

Memang ada segelintir manusia yang menjadi fitrahnya suka mencari pasal, mencetuskan polemik dan gemar melihat manusia lain bertegang urat kerana isu yang dibawanya. Dan kini, setelah hidupnya tidak tentu arah dan kehilangan berat badan yang ketara, pilihan terakhir baginya ialah mengghaibkan diri atas nasihat FBI.

Siapa?

katun pencetus idea

sudah mohon maaf

Dialah Molly Norris yang mencetuskan idea melukis gambar Nabi Muhammad secara global di Facebook pada 20 May. Walau pun bukan beliau yang mewujudkan fan club di FB tersebut tetapi idea dari kartunnya yang membenihkan hasil dan mencetuskan amarah amat di kalangan penganut Islam seluruh dunia. 

Lantaran itu fatwa darah beliau menjadi halal, telah dikeluarkan oleh cleric (nak terjemah tak tau ni) Anwar al-Awlaki dan diambil serius oleh pihak FBI. Akibatnya, kini, Molly Norris telah mengghaibkan dirinya dengan bantuan pihak-pihak berkenaan.

Saya kira, banyak pengajaran yang boleh kita ambil. Satunya, janganlah membuat perkara bodoh seperti ini, tidak kira atas alasan apa pun, kita tiada hak mempersendakan agama dan kepercayaan sesiapa atas muka bumi ini. Dia nak sembah api, batu, hatta nak sembah apa pun , itu hak mutlak dia, dan tidak boleh kita persendakan. Apatah lagi mempersenda agama kedua terbesar di dunia ini, kan.

Keduanya, saya kira fatwa boleh bunuh membunuh ini memberi persepsi yang sangat tidak baik ke atas kesejahteraan agama Islam dan penganutnya sendiri. Kalau hendak diambil kira, ramai lagi manusia lain yang juga mempersenda agama dan nabi kita secara terangan, malahan ada di kalangan insan yang mengaku Muslim juga membuat perkara yang sama, apatah lagi yang mengaku beliau sebagai Rasul dan Nabi baru pengganti Nabi Muhammad. Ikutkan fatwa tersebut, semua itu patut dihukum bunuh je kan.

Tetapi siapalah saya untuk bercakap. Sedangkan kaum Jahiliyyah dulu melontar Rasul tersayang kita dengan najis semasa Baginda bersolat pun, tidak Baginda fatwakan hukum bunuh walau punya kuasa untuk berbuat demikian selepas Islam berjaya bertapak. 

Islam adalah agam sejahtera. Bukan lah agama yang patut digeruni dan dimusuhi.

Wallahualam. Segala perkara yang tidak betul itu datang dari kejahilan saya sendiri dan haraplah dimaklumkan sebaik mungkin. 

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 comments:

  1. Dearie Kak,
    Pelbagai isu yang di luar fikiran kita dilakukan oleh mereka yang terlebih 'kreatif'.

    macam-macam je dorang nie..

    ReplyDelete
  2. SALAM,
    BUAT SALAH KEMUDIAN MINTA MAAF. SEMUDAH ITU.AGAMA KITA DIHINA DAN UMAT ISLAM DIPERLEKEHKAN. INI BERLAKU DI BARAT TETAPI APA KURANGNYA DI NEGARA KITA SENDIRI. ADA PULA SESETENGAH KITA SANGGUP MENGGADAI AGAMA ATAS KEPENTINGAN TERTENTU. KECEWA TETAPI TAK BOLEH NAK MARAH KERANA PERASAAN MARAH ADALAH BISIKAN SYAITAN

    ReplyDelete
  3. salam,
    satu lagi salah guna FB

    ReplyDelete
  4. salam...ICT yang baik sering disalahgunakan huhuhuhu

    ReplyDelete
  5. salam..
    tak de rasa sensitiviti
    langsung pompuan nih..
    nasib baik tiada yang sampai
    yang lakukan beliau seperti
    salman rusdhie..

    ReplyDelete
  6. sbb dunia hari ini agama islam dianggap tak de kuasa..even agam kedua terbesar pun..muslims sgt lemah di mana2

    ReplyDelete
  7. Salam...

    Sahaja nak provoke kita orang Islam tu...

    ReplyDelete
  8. Islam itu lengkap dan indah.....
    Tak akan tergugat dengan cubaan provokasi begitu....

    ReplyDelete
  9. yang mengambil peluang atau yang memberi peluang?

    ReplyDelete
  10. Kebebasan beragama itu jelas sekali dalam prinsip di negara kita, juga banyak negara lain.

    Jika kita mahu orang hormati pegangan kita, seharusnya kita jua begitu terhadap orang lain.

    ReplyDelete
  11. yang buat tu kerja bodoh....orang kata macam tak sekolah...sape2 pun harap hati2 - tak cukup ilmu - dok diam - cari ilmu

    ReplyDelete
  12. Manusia memang berbagai jenis...
    Ada jenis yang suka buat kelainan dan mungkin cuba mencari nama walaupun kadangkala dengan cara yang pelik.
    Munkin dia ni 'desperate' nak popularity!

    ReplyDelete
  13. Suka mencetuskan perkara perkara yang menjadi kemarahan bangsa agama..mungkin juga rasa diri mereka ini sudah gah di mata dunia..

    ReplyDelete
  14. @LotsOfLove-Pearls

    dearie LOL

    itulah pasal, diorang ni kreatif tak bertempat

    ReplyDelete
  15. @luahfikiran

    betul Dr...
    kekadang sikap Muslim itu sendiri yang perlu dipersoalkan

    ReplyDelete
  16. @ibuintan

    benda baik yang disalah guna

    ReplyDelete
  17. @zulkbo

    ramai yang seperti beliau

    ReplyDelete
  18. @mama zharfan

    tautan hati tiada antara kita hari ini

    ReplyDelete
  19. @azieazah

    betul, kalau kita hendak orang kasihkan kita, kita kena kasih terlebih dahulu

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.