Hujan lebat.
Cantik.
Itu bagi saya. Tak cantik bagi sesetengah orang.
Seronok bagi saya. Menyedihkan bagi sesetengah orang. Adat kehidupan. Selagi matahari terpacak dari timur dan tenggelam di barat, selagi itu rasa dan kehendak manusia sangat berbeza.
Cikgu.. Susah sangatlah paper Chem ni..
Suara dari belakang kelas. Sudah tiba waktu-waktu kecederaan masa itu. Menunggu loceng berbunyi sebelum boleh mengutip kertas-kertas jawapan mereka.
Seperti selalu. Saya senyum. Pelajar yang lain menunggu reaksi saya. Saya tahu kehendak mereka.
Menagih simpati dan empati dari saya. Kerana penat menelaah pelajaran jelas tidak terbalas dari raut wajah mereka. Kata-kata empati dari seorang guru memungkinkan rasa resah atas tidak upaya menjawab dengan baik dalam kertas peperiksaan, itu terubat. Apatah lagi kata-kata manis dari guru yang manis seperti saya. Hahaha...
Alahai... Susah? Terkejutnya saya! Selama ni saya ingat soalan Chemistry macam kacang. Memang terkejut lah saya! Nasib baik tak lemah jantung.
Alah... Cikgu ni... Macam takde perasaan lah...
Hahaha. Kan dah dapat cop, cikgu takde perasaan. Rasa nak tergelak pun ada juga.
Habis tu sayang, nak cakap apa lagi. Memanglah soalan periksa semua susah-susah. Kalau soalan periksa tu senang, itu bukannya nama peperiksaan kan, kan.
*Tak apa. Kalau tak lulus..., yang perempuan boleh kawin cepat sikit.
Jangan marah. :)
~cikgunormah@klcitizen~
Hehehehe.... cikgu ni, sekali menjawab macam anak gadis nakal pulak eh?
ReplyDeleteTapi betul juga tu, kalu gagal peksa, kasi kahwin jer.
Kalu lah semua soalan periksa mudah, tentulah sendat sesak universiti, kan?
Kesian cikgunyer....
ReplyDeleteSeluruh Rakyat Malaysia Di Seru Turun Beramai-Ramai Ke Perarakan Bantah Lynas Dari KLCC Ke Kedutaan Australia Pada Hari Jumaat 20 Mei Ini
Isk! Isk! Isk!
ReplyDeleteDah agak dah kan Sis...
Bebudak ni bila time jawab soalan kita...Chemistry ke ...science aje tentu terkeluar ayat keramat tu...'susah' even if it was from yesterday's discussion...hmmm
Salam cikgu...
ReplyDeleteSusahlah cikgu nak beri komen :):)
saya yang mengajar add maths ni lagi la..hehe
ReplyDelete...hi hi hi tu cerita sk men..
ReplyDeletesaya cikgu sk rendah aje..
ngajo English..
pun masalah gak..
bila suh bukak mulut..
mak ooiii!!! mcm ada emas..
tp bila xde cikgu..
huhuhuhu..macam pasar tani...
bila exam?????
kwang3.....
salam ziarah..
ReplyDeletehuhu..dalam banyak2 subjek sains, chem ni la paling sy susah nak sc0re..
terlewat plk kenali cikgu =)