Posting yang pertama di SMK St Gabriel, KL. Enam tahun di situ, kemudian berpindah ke SMK Taman Setiawangsa, KL. Harap-harap untuk pencen di Setiawangsa sahaja, kerana rumah pun berdekatan dengan sekolah.
Sejuk di dewan ini. Dewannya besar sungguh. Pertama kali masuk ke dewan SJKC Tsun Jin, KL walau 19 tahun dulu bertugas di sekolah jirannya. Beza amat sekolah kebangsaan biasa dengan sekolah jenis kebangsaan cina. Semua pun tahu kan. Realiti semasa :) !
Masih dengan demam Sambutan Hari Guru, kali ini peringkat Wilayah Persekutuan. Transformasi dalam pendidikan dan guru adalah penjananya. Ucaptama dari Ketua Pengarah Pendidikan menyeru guru untuk peka dengan perubahan untuk mencapai cemerlang.
Perubahan memang pasti berlaku. Seperti kematian. Ia tetap akan berlaku. Cumanya perubahan yang terlampau kerap dalm sistem, bagi saya menjadikan sistem itu celaru.
Pendapat peribadi.
Meski perubahan punya tujuan yang murni tapi yang pastinya, masih sistem kita bersandar dan berpusat pada peperiksaan. Mencanai anak-anak kita untuk menghafal dan memuntah fakta. :)
Terdapat orang besar yang menyebab orang lain berasa kecil di sisinya, tetapi orang besar yang tulen adalah orang yang membuat orang di sisinya sentiasa merasa lebih besar dari dirinya.- kata-kata penutup Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia YB Dato' Abd Ghafar b Mahmud
*tunai tetap kami tunaikan : senikata lagu guru malaysia
* bersiaran dari dewan Tsun Jin, KL
cikgunormah@klcitizen
Assalamualaikum cikgu..
ReplyDeleteSistemnya kerap berubah namun hasilnya tetap sama
Susah nak cari orang besar yang begitu.
ReplyDeleteaku orang kecil yang berjiwa besar..
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Normah
ReplyDeleteNostalgia tu.. kelmarin anak tanya mak ingat tak lagi lirik lagu mak tu.. senyum je lah.. sebab memang tak ingat..