Wednesday, May 18, 2011

pen merah, pen biru; u marah, i luv u

Isu yang bagus juga tentang ke'pendeta'an dalam bidang pendidikan di kalangan guru biasa seperti saya. Walau kriteria terperincinya saya belum ambil kisah, saya pasti ramai guru biasa di sekolah biasa punya peluang mengalung title tersebut setelah sekian lama stagnant dalam bidang ini.

Akak bukan berkira sebenarnya. Apalah sangat pen merah sebatang. Tapi, dek sebab geram, bercakaplah juga.

Cikgu biasa seperti saya, tetapi semangatnya memang bukan semangat biasa. Lebih lama dalam bidang ini menggalas amanah dan dedikasi dalam kerja ibarat guru yang baru mendaftar diri di sekolah.

Bahasa budak-budak ni memang kasar ya amat. Bodoh, babi dan barua macam kata-kata saya dan awak sahaja.

Saya mengangguk. Membenarkan. Dalam hati, saya tahu, sesi terapi sedang bermula dalam bilik guru. Haha..

Dalam kelas budak-budak nak pinjam pen merah. Akak bagi. Ada tiga batang. Bila dah cukup masa, akak mintak balik. Biasalah bebudak ni. Melengah bila nak pulang barang yang dipinjam. Dalam pada tu, ada yang berbunyi pulak. Alah, pen merah je... pun, berkira.

Bahasa.

Boleh menjadi pisau tajam yang menghiris. Boleh jadi juga gema terpantul atas sikap dan pandang hidup kita.

Bukan nilai harga yang menjadi ukuran. Itu maksud rakan saya. Memang pen sebatang tidak kemana nilainya. 

Namun, nilai hak empunya yang ingin dibina dalam diri anak muda. Agar tidak nanti bila punya kuasa, segala yang kecil yang dipunya orang dikaut dan dirakusi atau dibuang dan dihenyak sesuka hati.

Itulah Normah. Bila dah duduk macam ni sorang-sorang terasa bodohnya kekadang bergaduh dengan budak-budak ni. Tapi, pada saat itu, mendengar bahasa diorang ni, rasa betul tercabar.

Saya senyum dan mengangguk lagi.

* tugas tambahan di bilik guru, sesi meluah rasa sesama.

* pen merah, pen biru; u marah, I luv u.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. assalamualaikum..

    tahniah kpd semua guru di malaysia..anda;ah pejuang sejati tanahair

    ReplyDelete
  2. slmt ari guru cikgu....moga akak n kta sume bersabar n berhikmah dlm mendidik.......amin

    ReplyDelete
  3. pantun pertama yang saya tahu bila nak mengorat masa sekolah rendah..pen merah pen biru..sudah terbisa agaknya budak2 sekarang sukar membezakan dengan siapa mereka bercakap..

    ReplyDelete
  4. salam..
    ermmm..nak jadi guru pendeta..
    bertambah la naik lemak guru besar
    nak kena bodek mereka lebih sikit..
    dah tentu datangnya dari rekemen
    GB kan..?

    ReplyDelete
  5. semuanya jadi kasar bahasa sekarang.. tak tahulah 5 tahun akan datang bahasa jenis apa pula mendatang.

    ReplyDelete
  6. @abadi romeo

    Bila cikgu sudah menjadi kawan, ini antara kontra nya la.. Pro dan kontra memang sentiasa ada dalam semua perkara kan

    ReplyDelete
  7. Zulkbo...

    Harap-harap tidak ramai yang begitu. Setiap sistem ada cacat dan celanya, selagi sistem dari manusia utk manusia.

    Harapan kita semua, pendeta zaaba yg sepertinya dapat kita lahirkan semula. :)

    ReplyDelete
  8. @abu muaz

    Masa zaman kita remaja dulu pun , ada sudah bunyi orang tua kita tentang budak remaja zaman itu yang kasar....

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.