Alhamdulillah, masih punya pekerjaan dan masih boleh bekerja.
Teringat kata-kata yang ditulis oleh seorang rakan guru. Benar, kan. Dalam malas hendak melangkah keluar dari rumah tadi, teringat tulisan beliau tersebut. Walau langkah tidak juga bertambah pantas, tetapi hati lebih ikhlas menuruti.
Bila saya membuat pembedahan mata ramai pesakit yang bergelar bekas guru, walau sakitnya itu telah kronik, dan lambat diubati, tetap Allah mudahkan. Kerana guru itu tugasnya mulia dan Allah mudahkan urusan mereka.
Terngiang-ngiang kata-kata Dr Muhaya dalam slot Islam Itu Indah radio Ikim, pagi tadi. Mendengarnya sambil memandu kereta dalam perjalanan ke sekolah. Ah, memang sengaja Allah pilih waktu itu bagi saya, agar dapat saya dengar dan pegang kata-kata tersebut.
Moralnya apa?
Cikgu kerap dapat penyakit mata kronik. :)
Ke situlah pulak ya. Tapi yang itu betullah juga kan. Asyik menulis dan membaca serta mengadap lappy tak henti, memungkinkan perkara. Tapi, yang indahnya, kemungkinan perjalanan hidup yang akan datang Allah mudahkan atas pekerjaan yang dilakukan hari ini.
Anggaplah anak-anak murid itu sebagai pelaburan di akhirat nanti.
Perkara yang sudah diketahui, tetapi pagi ini diperingatkan semula oleh Dr Muhaya.
Hidup ini mudah. Cuma kita dan cara fikir kita yang menyusahkan. Itu kata terakhir beliau yang sempat menyinggah di telinga sebelum saya mematikan siaran radio kerana sudah tiba di perkarangan sekolah.
Pagi yang indah.
cikgunormah@klcitizen
anak murid adalah deposit tetap yang pastinya menjanjikan pelaburan baik di dunia dan akhirat.
ReplyDeleteSalam Cikgu Normah,
ReplyDeleteBakti yang akan dibawa sehingga mati.
Semoga cikgu sihat sentiasa.
@abadi romeo
ReplyDeletesetuju ngan abadi
@Kunang-Kunang
ReplyDeletealhamdulillah, saya sihat kak ani