Sunday, May 15, 2011

sejuta kemaafan






Hendak juga mencatat sesuatu sempena hari esok, 16 Mei. Di Malaysia tarikh ini sangat signifikan dengan sambutan Hari Guru. Dan sementelah, saya juga sudah bergelar seorang guru, ingin juga membutirkan apa yang terkesan dalam diri.

Apakah bahasa yang digunakan oleh otak manusia?

Soalan yang masih terngiang dalam fikiran, kerana masih baru dalam kepala hasil dari hadirnya saya waktu itu.

Imej!

Ya, otak kita lebih mudah mengingati imej dalam jangkawaktu yang panjang. Kerana itu saya masih bisa melihat wajah-wajah guru-guru saya dalam kepala tetapi nama-nama mereka tidak hadir walau puas diperah dan dikerah. Dan yang masih boleh saya ingati hanya beberapa sahaja.

Makcik Milah yang mengenalkan saya pada ayat-ayat alQuran, cikgu Osman guru Bahasa Melayu yang tidak pernah mengajar saya tetapi sangat saya minati sifat kebapaannya dan Puan Oh yang paling saya minati caranya mengajar Matematik. Sekadar menyebut beberapa nama tetapi hakikatnya sudah puluhan guru yang meninggalkan bekas dalam perjalanan hidup saya ini walau pun tidak saya ingati mereka. Malang sekali... :(

Ada juga guru yang memberi kisah pahit kerana mereka juga insan yang tidak lepas dari kesilapan. Namun jasa mereka tetap ada, memberi ilmu mengajar  dan membuka minda dengan gaya dan cara yang mereka tahu.

Mengingati mereka, membuatkan saya menilai diri sendiri. Saya juga manusia. Punya banyak kelemahan dan sering alpa. Tugas guru yang mulia mungkin tercemar atas tindak tanduk, sikap dan kerenah saya. Maafkan saya.

Bagi semua murid yang pernah menerima didikan dan tunjuk ajar dari saya dalam masa 19 tahun ini sama ada yang masih mengingati atau mungkin sudah melupai saya, saya pohon sejuta kemaafan andai ada kata, teguran dan ucapan atau tindakan saya yangtelah atau sedang melukai hati anda serta memberi kesan pahit dalam perjalanan hidup anda.

Bagi rakan-rakan guru yang sama-sama menggalas tanggungjawab dan amanah ini, doa dari saya moga kita sama-sama diberi kekuatan, ketabahan dan semangat tidak jemu untuk terusan dalam perjuangan ini.

Selamat Hari Guru dari seorang guru....

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

23 comments:

  1. selamat hari guru buat cikgu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Kau guru yang mulia
    Dan sungguh sempurna
    Mengajarkan kebersamaan
    Dan kasih sayang bagi semua

    SELAMAT HARI GURU...cikgu!

    ReplyDelete
  3. Selamat hari guru buat akak juga :)

    ReplyDelete
  4. Tiada kata secantik bahasa,
    tiada lagu seindah kata
    tiada bahasa seindah jasa
    tiada bunga seindah jiwa

    Selamat Hari Guru, jasamu dikenang.

    ReplyDelete
  5. selamat hari guru. jasamu akan terus dikenang

    ReplyDelete
  6. selamat hari guru dari guru untuk guru..
    semoga kita terus tabah dan kuatkan iman dalam memikul tanggungjawab ini..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum:)

    SELAMAT HARI GURU

    Semoga keikhlasan dalam mendidik anak2 bangsa terus mengharum di jiwa sanubari..InsyaAllah

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum Normah

    Selamat Hari Guru buatmu..

    ReplyDelete
  9. In mengucapkan selamat Hari Guru Kepada Cikgu Normah semoga terus ceria dan bersemangat gental.

    ReplyDelete
  10. @Abd Razak

    Terima kasih razak

    Selamat hari guru juga buat razak yang banyak juga menidik dalam blog razak

    ReplyDelete
  11. @Ros Illiyyuun


    Selamat hari guru juga buat ros

    ReplyDelete
  12. @kakpah

    Selamat hari guru juga buat kak pah

    ReplyDelete
  13. @cikgu isza

    Selamat hari guru buat isza...
    Moga cepat naik pangkat

    ReplyDelete
  14. @Pn Kartini

    Selamat hari guru juga buat tini

    ReplyDelete
  15. Assalamu'alaikum klcitizen,smoga sihat...

    Selamat Hari Guru... didoakan semoga segala jasa cikgu mendidik murid-murid mendapat ganjaran pahala yang banyak dan berkekalan hingga ke akhirat kelak... amin, insyaALLAH...

    ReplyDelete
  16. Salam Kak Normah

    terkenang pada seorang guru yang matematik yang selalu memulas perut saya..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.