Monday, May 9, 2011

do u have an elephant memory or a goldfish memory?

Redup dalam dewan ini. Seredup mata saya.

Suara tetamu kehormat memberi ucaptama sayup-sayup singgah di cuping telinga saya. Mata mengantuk menjadi alasan untuk fikiran saya melayang menerawang cuba melepasi syiling dewan persidangan ini.

Sudah menjadi trend lewat ini di Kuala Lumpur, pelancaran buku oleh penerbit swasta yang berkait dengan peperiksaan awam dijalankan di dewan-dewan taraf 5 bintang. Dan kami guru-guru dijemput hadir dengan arahan untuk memenuhkan kerusi.


Tetapi kali ini, pertama kali, saya hadir dalam pelancaran yang disertai kumpuan cheerleader yang membawa buku-buku yang hendak dilancarkan sambil melompat dan menggoyang punggung. Haha... Cuma rasa macam tak sesuai la pula.



Lim Teck Hoe, pengarang buku tersebut, pernah memenangi pingat perak dalam Pertandingan World Memory Championship tahun 2002. Pemenang pertama dari Malaysia. Ya, peringkat dunia pula tu tetapi ramai yang tidak tahu.

Rupanya, gajah ialah maskot untuk ingatan yang lama.

You have an elephant memory.

Itu merupakan kata penghargaan . Ingatan yang paling lama rupanya dimiliki oleh cik gajah. Ingatan yang paling singkat dipunyai oleh ikan emas iaitu hanya 2 saat sahaja.

Bijak. Saudara Lim Teck Hoe memberi syarahannya dengan baik, fasih dengan menggunakan bahasa kebangsaan  dan menarik. Kerana itu beliau kini menjadi pengajar profesional untuk teknik mengingat.

Beliau cuba mengingat 40 nombor yang disebut secara rawak oleh kami di dewan secara urutan ke hadapan dan urutan ke belakang dan berjaya! Haish... Saya terpana, bukan saya sahaja, hampir 200 orang di dewan itu.

Berhenti sebentar untuk minum pagi. :)

* bersiaran dari Dewan Persidangan, Bangunan Suruhanjaya Sekuriti.


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. Ramai org ada photographic memory tapi kebanyakannya lupa nak letakkan filem dalam ingatan mereka. Takde maknanya. hehehe

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Normah

    Agaknya lama juga dia berlatih untuk mengingat.

    ReplyDelete
  3. sempat menaip lagi tu..hehe

    ReplyDelete
  4. @Yunus Badawi

    sayalah tu termasuk salah seorangnya

    ReplyDelete
  5. @werdah

    kak werdah,
    waalaikummussalam

    dia ada tekniknya... tadi dia terangkan 1 dari pada tekniknya. mudah juga utk mengingat tu

    ReplyDelete
  6. @n@m@n

    biasalah naman, multitasking kan...

    ReplyDelete
  7. mungkin ingatan sy..gajah kecil :D

    ReplyDelete
  8. cheerleaders tu klu utk pertandingan bola sesuailah...hmmmm

    ReplyDelete
  9. wah teknik apa tu teringin gak nak belajar huhu..walaupun pada hakikatnya dah abih belajar pun hoho

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.