Hari kedua bercuti. Yessss! Ahad yang indah, ditangisi oleh penyokong MU.
Saya bukanlah peminat bola. Langsung tidak. Tetapi meneliti timeline twitter, banyak betul kisah bola yang digegak gempita oleh penyokong Barca. Entah saya pun tidak kenal siapa mereka. Typical perempuan kampong! :)
Pun begitu, kesedihan pasti akan terubat dengan masa. Sedih apa pun. Walau pun jalur pedih tetap akan terasa sekali sekala, tetap kesedihan itu akan berkurangan.
Itu nikmat sebenarnya.
Melupakan kesedihan yang mencakar-cakar hati serta perasaan. Bayangkan jika beban sedih itu tidak berkurang sedikit pun sepanjang hidup kita dan kita pikul ia dalam seluruh perjalanan hidup. Alangkah siksa dan kosongnya hidup kita kan.
Nikmat juga rasa kesedihan itu kerana ia menyedarkan kita betapa lemahnya kita hingga hati sendiri juga tidak punya upaya untuk kita menentukan rentaknya. Kecilnya kita bergelar manusia. Punya kudrat tetapi tidak punya kuasa ke atas diri sendiri pun, apatah lagi ke atas insan lain.
Salam Ahad untuk semua. Moga mentari ini turut menyinar hati kita.
~cikgunormah@klcitizen~
saya peminat bole..team saya menang saya gumbira..wahaha
ReplyDeleteutk saat ini...sedih juga..
ReplyDeletetapi bukan pasal bola!!
huhuu....
Anyway...Selamat bercuti sis:)
@IMANSHAH
ReplyDeleteTahniah iman kerana bijak memilih pasukan untuk disokong
@Pn Kartini
ReplyDeleteMoga sedih itu se gera Allah gantikan dengan tawa berpanjangan
Kesedihan lah yang memungkinkan kita merasa nikmat bahagia...InsyaAllah
ReplyDeleteHappy holiday dik Normah...
@hazeleyed lady
ReplyDeleteBetul kak haze... Semoga kak hazel terusan sihat dan segar dan selamat bercuti juga :)
wah.. cikgu melayan perasaan masa cuti sekolah. hehe.. ye kak... yg kak.. kalau tak penah sedih, kita tak kan tau macam mana rasa suka..
ReplyDeleteBarcelona is Champion!!!! hahahahahahaha! Go die MU...
ReplyDeleteKahhahakakahahakahaka! Go die MU!! Messi Messi !! berlagak MU fans akhirnya menangis..
ReplyDelete