Tidak menghargai. Atas alasan apa pun, sangat tidak patut.
Manusia fitrahnya memilih. Ada perkara yang bila mana dilakukan oleh seseorang segera kita berterima kasih semahunya. Namun, bila tidak kena selera atau rasa kita, buatlah sebaik mungkin tetap tidak kita pedulikan.
Ah, bukan mengata orang lain. Diri sendiri terlebih lagi. Sebelum dikata orang baiklah mengata diri sendiri. Bukan membuka pekung di dada, tetapi kenyataannya, saya hanya manusia biasa. Tetap banyak kelemahan dan terlepas pandang.
Sedangkan nikmat tidak terkira dari Allah ini pun sering tidak disyukuri dan menerimanya seolah itu hak mutlak, apatah lagi kebaikan dan kesenangan yang dilakukan oleh insan terhadap kita. Sering ada sahaja yang tidak kena dan tidak sesuai dengan kita.
Ishh... Panas sungguh hari ini, panas menggigit, kenapalah panas sekarang lain macam sangat ni ya. Ha, itu bila panas di luar.
Alahai, tak keringlah baju macam ni, asyik hujan memanjang je. Nak ke mana pun payah. La... Itu bila hujan pula.
Nasib baiklah kejadian berlaku bukan mengikut kehendak manusia, tetapi tertakdir mengikut ketentuan Allah. Kerana agaknya bila mana kehendak manusia itu dituruti, kemungkinan bumi ini juga terpaksa berhenti berputar kerana pening dengan kehendak manusia yang banyak ragamnya.
Di kesempatan ini saya mengucapkan terima kasih pada semua insan yang pernah hadir dalam laluan hidup saya dan yang masih bersama saya atas semua kebaikan dan pelajaran yang dapat saya ceduk dari kalian semua.
*masih tidak sempat membalas beberapa komen dan berbalas ziarah di kalangan rakan maya. Maafkan saya. Janganlah berkecil hati....
~cikgunormah@klcitizen~
Terima kasih berkongsi peringatan.
ReplyDeleteKita terutama saya ni selalu lupa. Terlalu banyak nikmat Allah yg kita dapat tetapi terlalu sikit kita bersyukur. Bila diuji sikit aje pula, banyak pula komplennya huhuhu
salam..
ReplyDeletetak kecik lah..jangan lah empunya blog
berasa hati pula kan..?sibuk kerja..samalah
dengan saya pun..updated je sempat..BW memang
susah sekali sekarang..kerja..kerja..kerja..
:)
kehendak 2-3 orang pun tak mampu kita penuhi semuanya, inikan pula kehendak seluruh penghuni duania..
ReplyDeletejangan sampai bumi berhenti berputar cikgu... haru biru kita
ReplyDeleteterima kasih cikgu
ReplyDeleteAssalamualaikum...
ReplyDeleteBersyukur atas nikmat penglihatan.
Banyak orang melihat, tetapi buta.
Bersyukur atas nikmat pendengaran.
Banyak orang mendengar, tetapi tuli.
@Abd Razak
ReplyDeletewaalaikummussalam
saya suka betul ayat2 razak ini. TK
@Gen2Merah
ReplyDeletesama-sama
@abu muaz
ReplyDeleteyalah abu muaz...
haru biru
@Insan Marhaen
ReplyDeleteberkenan ayat IM ini. TK
@zulkbo
ReplyDeletewaalaikummussalam
ya, saya juga tidak berasa hati. faham dgn situasi masing2
@Yunus Badawi
ReplyDeletelebih kepada mengingatkan diri sendiri YB