Nanti cikgu masukkan dalam blog ya.
Rupanya, ada yang membaca dan menunggu-nunggu kisah mereka dipaparkan dalam blog saya, agar mereka boleh mengenakan rakan yang berkenaan. Itulah tujuannya pun. Sesekali terkena, menjadi famouslah sekejap kan. Padahal yang kenal pun rakan sekelas itu juga, sebab blog cap ayam ini, bukannya dikenal siapa pun. Sekadar berkokok di dalam reban, jauhnya tak tara mana. Tak apalah, asal terdengar oleh reban-reban di sebelah kampung. Jadilah.
Asal nama lelaki, antara kriteria yang penting ialah bijak mengayat. Kalau punya kebolehan tersebut, gerenti, saham kamu jadi tinggi. Tidak perlu wajah tampan atau poket tebal. Cukup dengan ayat yang power, ramai perempuan yang akan mencair.
Mencair itu proses bila pepejal berubah menjadi cecair, kan. Tetapi dalam hal ini, tidaklah budak perempuan itu menjadi larutan. Jenuhlah pulak hendak menyejukbeku dia semula kan, kembali ke bentuk asal.
Saya rasa, ramai yang faham, istilah mencair ini. Hatinya mencair, bermaksud, hatinya tertawan dengan kata manis. Perempuan, salah satu kelemahannya ialah mudah lemah dengan kata-kata manis. Kenyataan. Mula-mula mungkin tidak terjerat, tetapi kalau kata-kata manis itu acap kali dan si penutur nampak jujur dan ikhlas (walau ikhlas itu sendiri tidak bisa diukur dengan mata zahir), mungkin juga si perempuan yang masih naif itu akan termakan juga.
Cikgu, nampak manislah cikgu. Dengan tahi lalat dan lesung pipit. Kalau cikgu marah lagi nampak manis.
Saya pandang si mata bulat. Dia tersenyum.
Hari makin panas di luar. Memang cuaca diberitakan akan bertahan sepanas ini untuk beberapa hari. Peluh menitik di belakang leher saya.
Kenapa mata dia saya lihat makin kurang bulat? Dan senyumnya pun makin tawar?
Udahlah. Jawab je la kertas periksa tu. Saya tak tahu jawapannya.
Jawab saya. Sambil tegak berdiri di bawah kipas. Tetap tidak mahu berganjak. Tak kuasa nak melayan.
*kalau tiap-tiap hari periksa pun bagus juga. Tak payah mengajar (tetiba rasa macam ada tanduk di kepala~ like a devil...)
~cikgunormah@klcitizen~

Pertama kali mendengar perkataan 'mengayat' dalam kelas tasauf semasa mengikut kursus Syariah di UM.
ReplyDeletebila cikgu berharap hari-hari periksa,murid pula berharap cikgu akan bermesyuarat,kursus atau cuti bersalin...
ReplyDelete@abadi romeo
ReplyDeleteHihi ... Betul, sangat betul. Nasib baik harapan tinggal harapan sahaja
@Kunang-Kunang
ReplyDeletePerkataan orang sekarang kan kak ani
Assalamualaikum...
ReplyDeleteMenguji untuk mencair tu cikgu..:)