Thursday, May 5, 2011

kembali muda

Muda.

Waktu punya segala kekuatan, semangat dan tahu segalanya. Cuma mungkin poket masih kempis dan ada yang masih menagih simpati orang tua menjalani kelangsungan hidup, membayar itu dan ini.

Indahnya waktu muda, kerana yang difikir hanya diri sendiri. Jalan hidup hanya terarah kepada usaha mencapai cita-cita meraih segulung ijazah atau pekerjaan terbaik. Segalanya nampak mudah.

Waktu saya masih muda belia, alhamdulillah, Allah meletakkan saya bersama rakan-rakan yang tinggi kesedaran rohaninya. Aurat serta batas pergaulan memang terpelihara. Walau pun, saya terbesar dalam keadaan biasa-biasa, bergelak tawa dan menutup aurat bukan keutamaan, tetapi sebaik menjejakkan kaki ke menara gading, saya punya rakan-rakan yang sering mengingatkan perkara baik dan hidup ini menjadi terlalu ideal.

Hidup dengan idealisma pejuang. 

Segalanya nampak mudah, dan terasa jalan hidup ini bukan payah benar. Duduk dalam kelompok, memang mencairkan realiti dari pandangan. Nasib baik, saya tidak menjadi isteri keempat mana-mana syeikh... :)

Semakin jauh meninggalkan alam muda, semakin jelas pandangan walau pun penglihatan makin rabun. Baru kenal erti payah dan baru jelas apa makna realiti sebuah kehidupan. Hidup ini lebih terarah, tetapi bukan mencari cita-cita, cuma mencari tenang serta damai. 

Tak percaya?

Lihat sahaja yang punya segala, lewat usia seperti saya, pasti banglo  kediaman dibina jauh dari sibuk kota, kerana ingin mencari damai.

Keutamaan berubah, seperti berubahnya usia. Pandangan lebih tajam, tetapi mulut sudah kurang bisanya. Dan hati lebih mudah belajar untuk memahami.


damai itu di hati yang kenal diri
dan
bisa
meminta diri dalam usia senja untuk lebih mengabdi
~sumber~  


Dari Abu Hurairah r.a katanya, nabi s.a.w bersabda:

”Hati seorang tua tetap muda dalam hal mencintai dua perkara iaitu dalam hal mencintai hidup dan harta benda.” (Muslim)

Cumanya, ada masa dan ketika, hati kembali muda, walau kudrat makin lemah. Itu yang menakutkan...

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. salam..

    waktu muda zaman jiwa bergelora...

    ReplyDelete
  2. hadis itu mengerunkan saya .

    ReplyDelete
  3. semoga diri kita tidak tergolong dalam orang yg disebutkan didalam hadis tersebut.

    ReplyDelete
  4. muda2 bertenaga macam ni la saya perlu kejar segala impian sebelum mencecah usia yang lebih lanjut..

    ReplyDelete
  5. hidup dan kebendaan selalu menguji keimanan..

    ReplyDelete
  6. Kerana harta, waktu usia muda atau tua, tetap nak mengejarnya dan mengumpulnya..

    Entry terbaru padlie: Peluang belajar teknologi angkasa

    ReplyDelete
  7. @padlie

    betul padlie, selamat berkenalan

    ReplyDelete
  8. @abu muaz
    semoga kita terjauh dari sifat itu

    ReplyDelete
  9. @Nida

    waalaikummussalam nida

    sesungguhnya benar

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.