Saturday, May 14, 2011

kisah lama yang kusam

Resah menyucuk ramai blogger di luar sana atas ketidakupayaan untuk mengakses dahsboard masing-masing baru ini, kerana penyelenggaraan sistem oleh pihak blogger.com. Saya juga tidak terkecuali, waktu pertama kali menerima nasib serupa.

Tapi, seperti yang disuarakan oleh ramai pihak, benda free, apalah yang hendak dimarah sangat. Redha je la,

Dalam waktu sama, rasa resah juga melanda diri semata kerana berjanji hendak berjumpa beberapa rakan lama. Sebab ada kisah-kisah lama yang sesekali menjengah dalam lena dan jaga tetapi terpendam dan dibiarkan ia kusam. Kerana tidak dapat menjangka peristiwa selepas ini apabila pertemuan dijalankan nanti, hati dan perasaan menjadi tidak tenteram.

Segala yang berlaku adalah takdir, berlaku atas sebab musabab yang kadang tidak dijangka dan diduga. Perjalanan hidup ini, skripnya telah ditentukan oleh Allah, dan mengetahui sebab musabab tidak sekali boleh memutarkan perjalanan hidup itu kembali. Tetapi ia memungkinkan kita faham duduk perkara, dan hati lebih merelakan atas ketentuan.

Perkataan kalau memang tidak patut wujud. Namun mengetahui rentetan dan babak demi babak kehidupan insan yang kita kenal membuatkan nilai persahabatan menjadi lebih bermakna.

Everything is made for a reason.

Dan segalanya ini mengajar saya untuk lebih bersyukur.

Salam hari Sabtu.

cikgunormah@klcitizen
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. ye saya juga tak suka perkataan kalau

    ReplyDelete
  2. "kisah lama yg kusam"-bunyi macam teruk sangat tu.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum :)

    Kita hanya boleh berkalau jika perkara yang 'dikalaukan' itu belum berlaku. Malah, amat digalakkan jika ia mampu merangsang kita menjadi individu yang lebih baik.

    Wallahu A'lam

    ReplyDelete
  4. Kalu perjalanan hidup kita ini “scripted” tentulah tiada manisnya kehidupan. Tak advanture.

    Mensyukuri itu lebih baik dari merungut.

    “SALIH YAAKOB tu minum kopi apa?”

    ReplyDelete
  5. Selamat Hari Guru...

    maaf kalau keluar tajuk

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.