Monday, May 2, 2011

terjaga sebentar

Banyak benda dalam kepala. Itu, ini, di situ, di sini. Tetapi tetap ia di situ. Dan saya masih di sini, mengadap laptop. Ishh... membuang masa.

Sudah menjadi rutin yang menenangkan sebentar, jiwa yang gelisah. Biarlah walau tiada siapa yang kisah, tetap ingin dihamburkan di sini.

Berapa kalikah tidur dan jaga? Tidur dan jaga yang mendasar maknanya. Bukan tidur dan jaga fizikal yang cetek maknanya.

Meminjam puisi  Nasir-i Khusraw dari saudara Razak dan entah bila boleh dipulangkan semula...

Langit yang tujuh,
dan bintang yang tujuh
adalah budakmu
Namun kasihan,
kau tetap membudak pada ragamu

Jangan pusingkan kenikmatan hewani
Kalau kau pencari syurgawi
Jadilah manusia yang sejati

Tinggalkan tidur dan pesta ria
Tempuhlah perjalanan batin bak pertapa
Apa pula tidur dan makan-makan?
Itu urusan binatang buas

Dengan ilmu jiwamu bertunas
Bangunlah, sekarang juga
Sudah berapa lama kau tidur? ~ kenali dirimu

Kantuk saya memang panjang. Terjaga hanya sebentar. Kemudian tidur semula dalam lazat dunia. Jiwa yang terikat dengan material memang payah. Bukan salah sesiapa. Salah diri sendiri.

dan masih terusan mengharap agar Allah mengampuni dosa...

Hari ini saya terjaga sebentar, melihat diri dan amal yang tidak seberapa. Uban yang sudah penuh di kepala masih tidak berjaya menggegar hati dan menggerakkan jasad ini untuk menghamba sebenarnya. 

Kalau begitu, jadilah saya nanti manusia yang malang. Sedih. Bila mana, melihat timbangan memberat di kiri, pasti jiwa jadi takut sebesar kuman. Dan semua manusia kan jadi saksi. Tersingkap aib  dan malu yang akan memerah muka dan membakar kulit.

Ya, saat ini, insaf itu menjalar perlahan.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. teruslah mentazkir diri, mengubah posisi dan menyesali..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...

    Sentiasa muhasabah diri, kerana itu adalah rawatan yang paling mudah untuk diri kita sendiri menerima sesuatu keadaan sewajarnya. Ia dapat memusatkan seluruh anggota badan kita dari luar dan dalam supaya melihat kembali keadaan diri dan juga keadaan sekeliling kita.

    ReplyDelete
  3. syukurlah...jauh lebih baik daripada langsung tak terjaga kan?

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.