Monday, April 4, 2011

pokok pisang berjalan

Awak tau tak dunia kita ni dah sakit?

Si mata bulat Amirul memandang tepat pada saya. Nampak lebih kemas hari ini, sebab rambutnya lebih pendek.

Selain Amirul, pelajar yang lain turut menjawab Tahu! dengan begitu yakin sekali.

Awak tahu tentang program Earth Hour baru ni?

Memang Earth Hour kan, bertujuan untuk menyelamatkan dunia. Saya pasti pelajar-pelajar ini yang begitu aktif dalam Facebook, Myspace dan sebagainya arif dengan Earth Hour.

Memang tak salah sangkaan saya.

Eh ... Cikgu. Tak boleh lah sambut Earth Hour tu, haram. Cikgu tak baca kat internet ke?

Tak. Haram macamana.

Yalah, pasang lilin ramai-ramai, pastu menyanyi pulak.

O ya ke?

Apalah cikgu ni, tak ambil tahu perkembangan dunia. Tanyalah Ustaz, dia memang banyak ilmu macam ni.

Memanglah saya tak tahu. Saya bukannya ada masa nak baca-baca kat internet ni.

Biarlah mengaku bodoh dari berlagak pandai jika berhadapan dengan budak-budak zaman sekarang ni,kan, yang serba tahu segalanya, fikir saya.

Habis tu apa caranya kita boleh buat kalau nak menyelamat dunia kita ni?

Saya memandang sekeliling, pasti ada jawapan yang boleh diguna pakai nanti semasa menjawab peperiksaan, kerana tajuk Keseimbangan Alam ini selalu keluar dalam bahagian esei Kertas 2 Sains Teras SPM.

Amirul si mata bulat memandang saya serius.

Kita perlu berdoa pada Allah, cikgu. Itu saja caranya.


Saya terkebil-kebil berfikir, sementara hati saya bagai digaru hendak tergelak.

*hari Isnin yang ceria berbaju hijau, macam pokok pisang berjalan...

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. adeh cikgu ... tergelak sengsorang saya dibuatnya .. dah la kat cafe ni .. agaknya yang menengok fikir saya dah tak betul ke apo? ^^,

    I was actually attracted by the term 'pokok pisang berjalan' tu .. ingatkan apa .. lerrr cikgu normah rupenye :D

    Ada butang 'LIKE' tak kat blog ni? hehe

    ReplyDelete
  2. jangan jadi hantu pokok pisang udah ler kak..
    :D

    ReplyDelete
  3. Bila masuk blog cikgu, pasti ada yang mencuit hati. Ada je akal bebudak ni. Tapikan cikgu saya yg selalu surf internet ni pun, boleh tak perasan Earth hour for this year. Malahan, saya pun tidak tahu pasal isu haram itu.
    Kalau semua hijau umpama pokok pisang berjalan ya cikgu :)
    Kalau warna warni, macam-macam colur ada, umpama pasu bunga bergerak, menurut seorang Prof-pakar BM

    ReplyDelete
  4. hari ni cikgu sc maths pakai baju pink..sebab ada program, tapi saya takde baju pink..hehe

    ReplyDelete
  5. owhh ingatkan pasal apa tadi.
    ^_^
    student zaman sekarang memang tersangat bijak.
    cabaran yang perlu dihadapi pendidik kan.

    ReplyDelete
  6. budak2 sekarang minda lebih terbuka, kadang2 pendapat mereka diluar jangkaan kita sebagai orang dewasa...

    pokok pisang berjalan...sib baik tak ada katak pisang menumpang teduh...hehehee...

    ReplyDelete
  7. @Izariza

    Ya la iza... Terasa macam pokok pisang kalau pakai baju hijau semua ni dari atas ke bawah

    ReplyDelete
  8. @FairyLilly

    Kalau dah pakar yang kata betulla tu, pasu bunga berjalan :)

    ReplyDelete
  9. @n@m@n

    Lepas ni kena ada baju pink lah pulak kan naman

    ReplyDelete
  10. @Latifah

    Pendidik zaman sekarang banyak kerenahnya

    ReplyDelete
  11. @JunAina

    Kalau ada katak, melompatlah pulak pokok pisang ni

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.