Thursday, April 28, 2011

kepit mengepit

Pengalaman mengayakan sesiapa sahaja. Bila sudah lama membuat sesuatu pekerjaan yang sama, pengalaman yang ada akan memudahkan pekerjaan tersebut dilakukan dan ia akan jadi lebih sistematik serta tersusun.

Waktu belajar dulu sentiasa kagum dengan guru-guru tua yang punya mata di 'belakang kepala', dan bisa menerka apa yang dibuat pelajar di belakang kelas. Ajaib sungguh kuasa membaca minda dan situasi yang dipunya guru waktu itu.

Cikgu, nak ke tandas.

Asyik hendak ke tandas saja budak perasan kacak ini waktu-waktu begini, bila pelajar sesi petang sudah mula berada di kawasan sekolah.

Cikgu, betul cikgu, tak tahan sangat ni.

Ah, macamlah baru semalam saya ini bertugas sebagai cikgu. Saya cuma melihat si perasan kacak ini terkepit-kepit menahan rasa. Menilai situasi tidak pernah diajar semasa saya mengambil kursus perguruan 19 tahun dulu. Benarkah atau menipukah si budak perasan kacak ini?

Nanti saya terkencing pulak kat sini , cikgu.

Wah, main ugutan pulak dia ni ya. Hati saya bagai digeletek, tetapi mana mungkin cikgu tua seperti saya kalah pada ugutan 'terkencing' sebegini, kan. Habislah nanti kredibiliti dan kejagoan seorang guru. Kalau termakan ugutan itu nanti, bagaimana kata-kata "Memartabatkan profesion perguruan" itu akan dibawa.

Ah! Awak ni, nak menipu pun tak pandai. Gi duduk tempat awak. Sibuk nak jumpa adik angkat yang tak cukup umur tu lagi.

Si perasan kacak buat muka terkejut. Sengih.

Ala....

Kepit mengepit pun dah hilang bersama hilang harapan hendak ke tandas.

*hati sentiasa muda di kalangan anak-anak muda yang tidak cukup umur ini lagi

cikgunormah@klcitizen
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. tu lah orang kata dah makan garam dulu.. :)

    ReplyDelete
  2. cikgu...saya nak g tandas =)
    ~kelakar

    ReplyDelete
  3. budak2 zaman sekarang, eh bukan ke dialog kita zaman dulu2 jga

    ReplyDelete
  4. macam dialog kite masa nak gi toilet dulu!!!hahahaha. memang pun, kadang2 nak kuar nak jumpe abang/adik angkat -..-

    ReplyDelete
  5. bila jadi cikgu hati kena rsa muda kan..Baru boleh baca setiap fikiran ank murid byk auta ni..hihihi

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Cikgu,

    Bijak, bijak, budak2 sekarang yer. Mereka lupa cikgu dia orang dah rasa garam dulu dari dia orang.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.