Mengantuknya mata. Tapi sebab dok menunggu anak habis kelas tuisyen, digagahkan juga mata ini sambil cuba-cuba mengupdate entri.
Mengikhlaskan diri dengan 4 cara... malangnya saya cuma ingat 3 dari 4 cara itu sahaja, iaitu membuat kerja jangan tergesa-gesa, sabar dan mesti selalu happy. Itu yang dipesan oleh motivator Dr Robiah K Hamzah semasa kursus singkat pagi tadi. Sayang, tidak dapat menyalin, kerana beliau tidak mahu melihat ada yang menyalin.
Keluar dari dewan, pipi terasa lenguh dek penat bergelak tawa . Orang lama yang penuh pengalaman memberi ceramah dan dorongan menyebabkan sedikit pun tidak terasa jemu berada dalam sesinya. Alangkah bagusnya kalau saya pun bisa jadi sebegitu bila mana usia 60an sepertinya. Wajah tampak muda dan masih punya kudrat tenaga yang banyak ke sana dan ke sini menyuntik semangat dan rasa sayang pada diri.
Hidup kena banyak memberi dengan bahagia, agar kita diberi Allah juga kebahagiaan. Itu pesannya yang boleh saya simpulkan.
I Love You ~ sebutkan pada orang di sekeliling, katanya..... |
Sambil bergelak tawa, fikiran saya melihat semula tindakan dan kata-kata saya terhadap orang sekeliling terutama anak, suami, rakan-rakan dan anak didik di sekolah. Memang ada dan pasti ada yang silap serta tidak patut saya lakukan dalam tindakan dan keluarkan dalam perkataan. Apatah lagi bila emosi tidak stabil melalui kitar dan fasa bulanan.
Saya petik kata-kata beliau dari bukunya "Rawatlah Hati" ~ Usahlah mengharapkan anak menjadi baik dan sempurna jika kita terus melihat mereka sebagai bermasalah....
Moga hari-hari esok saya bisa menjadi lebih baik.
* saya sudah jatuh cinta...
~cikgunormah@klcitizen~
nk sebut i love u juga la nnt :P
ReplyDeletePanas!!! : Debaran Ahad Ini, Siapa Agaknya Yang Bakal Menang?
SALAM..
ReplyDeleteERPPPP..nak jawab apa erkkk?
I LOV YOU too..
:D
SALAM,
ReplyDeleteBILA MEMBACA N3 INI, KLC APA KURANGNYA? TAK KURANG HEBATNYA DGN MOTIVATOR BERKENAAN !
Hidup kena banyak memberi dengan bahagia, agar kita diberi Allah juga kebahagiaan-betul kak, bila kita buat orng gembira, kita juga tuimpang gembira..spt kata ustaz hasrizal, erti hidup pd memberi
ReplyDeletenanti kalau akak buat talk nanti, bagi tiket free satu ye..hhee
ReplyDeletebetul tu. IM selalu cuba amalkan budaya kerja tak tergesa-gesa, jadikan kerja itu sesuatu yang menggembirakan dan sabar dalam apa juga kerenah.
ReplyDeletekalau bangun lewat pun, IM relaks saja bawa kereta. merah pun merahlah punch card IM...
hi kak..
ReplyDeletedah lama rasanya tak pegi mana2 ceramah motivasi. motivasikan diri dengan baca2 buku je.
bilalah ada masa nak dengar ceramah motivasi lak nie..
selamat berhujung minggu kak..
wahhh... bestnya...
ReplyDeletenak cari jugak la buku tu.
=)
*i love you kak*
@suffer8zine
ReplyDeletetak yah tunggu nanti, sekarang pun boleh
@zulkbo
ReplyDeletei love u 3, 4, 5....
@luahfikiran
ReplyDeleteish.. saya banyak kurangnya Dato'
@n@m@n
ReplyDeleteakak bagi 3 la... utk Darwis dan mamanya sekali *berangan*
@Insan Marhaen
ReplyDeletepatutlah IM awet muda
@Dearie Pearls
ReplyDeleteDearie pearl...
Akak pun sebab terpaksa je pergi ...tapi alhamdulillah seronok pulak
@Latifah
ReplyDeleteLuv u too...
Sedap juga buku ni
Kasih kerana Allah ganjarannya syurga, hebat Dr Rubiah hebat juga kl citizen dengan entry2 yang menyentuh hati dan penuh motivasi.
ReplyDelete