Penggunaan elektrik di rumah untuk hari ini meningkat. Hari yang panas. Kelajuan bilah kipas berkadaran dengan kepanasan di luar, dan nasib baik ada had laju maksimum ia boleh berputar, kalau tidak mau ia tercabut dari tempat asalnya dek laju sangat.
Tapi hari yang panas menjanjikan sebahagian kerja rumah hujung minggu berkait dengan kain baju selesai. Alhamdulillah, kering ganteng baju yang terjemur di ampaian.
I love u all... itu kisah semalam.
Tapi kisah semalam rupanya berbekas ke hari ini, bangun lebih ceria dan hati lebih lapang. Tapi, mungkin juga kerana hari ini hari Ahad, hari bersantai di atas lantai....
"Marilah kita jernihkan fikiran, tidak lagi menoleh dan terus berlalu bersama geraknya angin yang sentiasa menghembus ke hadapan... Tindakan ini penting kerana umur kita mungkin tinggal hari ini sahaja. Hari inilah matahari bersinar untuk kita, siang menyapa dan jadikanlah ini hari kita. Hari ini kita hidup tanpa rasa sedih, bimbang, gelisah, marah, bosan, dendam, kecewa, dengki dan benci. Hari ini kita menikmati nasi panas, maka mengapa masih teringat nasi basi semalam? Hari ini kita minum air jernih, tapi mengapa masih mengingati air keruh semalam? ~ Rawatlah Hati : Dr Robiah"
Bertahanlah hati...
Memang benarlah hati itu meraja di jasad. Kalau si raja jatuh gering, jasad juga turut sama berduka nestapa. Bila si raja ber'gumbira' melagu rasa, jasad menjadi ringan bergerak seiring.
*rupanya budak India cuci kereta ni, hensem juga orangnya....selama ni kenapa tak perasan ?
Selamat berhujung minggu.
~cikgunormah@klcitizen~
SALAM..
ReplyDeletehabislah..
dah jatuh cinta
bangla mana pulak nih?
issh..ishhh..
:D
@zulkbo
ReplyDeletehahaha...
bila hati senang, orang di keliling pun nampak hensem rupanya
bersihkan lah hati agar ianya dapat mengawal diri kita kan.. hehe
ReplyDeleteadessss...jeles aku.....miaow....!
ReplyDeleteIM pun apa kurang he..he..
ReplyDeleteAssalamulaikum dah lama tak jengah kl citizen, kalau hati gembira yang hitam pun nampak putih...Syukurlah klcitizen gembira, itulah nikmat namanya.. mudah2an dalam rahmat juga
ReplyDeleteAssalamualaikum Cikgu,
ReplyDeleteMemang segala2 bergantung pada hati. Gembira hati gembiralah wajah.