Antara tanda kita memang jatuh cinta ialah bila mana kita sabar dengan kerenahnya, menerima segala kekurangannya dan kita tetap setia padanya.
Betul ke tak betul?
Menghantar anak ke kelas tuisyen, sempat mendengar rancangan motivasi radio IKIM . Bercerita tentang menaikkan semangat bekerja. Apa pula kaitannya dengan jatuh cinta?
Jatuh cinta itu analoginya.
Kata ahli psikologi terkenal yang saya tak kenal dan tak ingat namanya walau disebut oleh penceramah tersebut, antara cara meningkatkan semangat dalam bekerja ialah perasaan cintakan pekerjaan kita.
Apabila kita cintakan pekerjaan kita, kita akan sabar dengan kerenah pekerjaan tersebut. Memang banyak kerenah setiap pekerjaan, dan sudah semestinya gurulah pekerjaan yang paling hampir dengan saya. Kerenah dalam perguruan memang banyak, segala mak nenek adalah bidangnya. Memang lumrah. Menjadi guru, tukang leter, kaunselor, kerani, tukang cuci, handy man, jaga, baby sitter dan pelbagai lagi kerenahnya, tetapi demi rasa cinta yang sekejap membara dan sekejap malap dalam hati ini terus juga setia.
Orang kata semakin lama bersama, semakin kasih dan cinta.
Tapi tidak juga ya...
gambar langsung tak berkait |
Pancit, kata seorang sahabat yang sudah bertahun mengajar pelajar-pelajar SPM, ... setiap tahun! Bayangkan anak-anak kita berderet mengambil peperiksaan SPM setiap tahun, hanya yang sudah merasa tahu betapa siksanya menanggung resah dan gelisah sepanjang tahun itu. Itulah yang dirasa oleh sahabat saya ini.
Normah tak pancit lagi?
Saya senyum.
Belum lagi , kak. Akak cinta sepenuh hati sangat kut. Siang malam risau...tu yang pancit tu. Belajarlah melupakan cinta tersebut bila perlu, supaya tidak pancit.
*sudah lama tidak membuat kerja sekolah di rumah....
~cikgunormah@klcitizen~
bangga menjadi pendidik
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu..
ReplyDeleteKesan cinta itu berbeza dengan kesan atas rasa hormat, takut dan harap. Sikap hormat, takut dan harap jarang membuahkan pengorbanan sebaliknya kerana cinta manusia sanggup menyerahkan apa sahaja.
salam....
ReplyDeletepulun sangat keja..memang pancit sis...
Kata kak ipar saya yang sekarang dah bersara dari jawatan penolong guru kanan (betul ker jawatan tu), dulu-dulu dia selalu kena mengajar kelas darjah 1, saat paling bahagia bagi dia bila 'murid'nya pandai membaca.
ReplyDeleteDulu2 di kampong mana ada tadika sangat. Kebanyakannya masuk darjah 1 tanpa ke pra sekolah/tadika.
dear kak,
ReplyDeletedalam kerja, kadang2 'pancit' gak tapi tu ar...
nak kena terus jalan juga.. dan yg paling penting belajar untuk cintakan kerja yang ada sekarang ini..
Ooo indahnya cinta...
Suka aa perkataan pancit tu...
ReplyDeletedalam kerjaya lain juga banyak yang pancit...terus quit...pancit lagi... di manakah silapnya?
ReplyDelete