Monday, April 25, 2011

tikus sekarang bermaharajalela

Sampai di sekolah pagi tadi dengan semangat membara. Tapi , kenapa lah pulak bila punch-card saja,  semangat terbang dan blues si Isnin menyerang pula. Sehingga saat saya menaip ini, saya pun keliru.

Semangat itu seperti sang burung rupanya, ada kala ia terbang tinggi, lepas bebas, dan ada kala ia hinggap di ranting, beku, stagnant gitu. 

Kerja di hari Isnin memang menduga, sesiapa sahaja..., apatah lagi kalau anda si Pentadbir. Alhamdulillah, saya hanya si kuli, yang hanya menurut perintah, dan bila tidak mahu menurut perintah, menyelinap bagai tikus, bersembunyi.

Hari ini ingin mengingatkan. Bukankah mengingatkan itu kewajipan, selagi kita bersaudara, selagi bernafas dan punya wang dalam kantung bernama hand-bag.

Ya.... hendak mengingatkan rakan-rakan semua yang bersolat di surau umum. Adakah surau yang bukan umum? Sengaja meletak umum di situ walau tidak perlu. 

Apa yang hendak diingatkan?

Mendengar musibah yang menimpa rakan guru di surau Jaya Jusco AEON 2 di Keramat, Kuala Lumpur. Hand-bag nya dan hand-bag kakaknya yang dijaga oleh anak-anak mereka dirampas dalam ramai orang yang sedang mengerjakan solat Maghrib beberapa minggu yang sudah. Siap bertarik-tarik dalam kesesakan tersebut antara si penyangak dan anak mereka, sedang rakan saya itu mengerjakan solat Maghrib. Penyangak wanita berusia dalam 40an....

Penyangak sekarang tidak mengenal jantina atau usia. Yang mendengar cerita pun naik geram, apatah lagi yang mengalaminya. Menganiaya saudara seIslam dalam surau yang mulia sifatnya secara lahiriah.

Setakat beringat dan mengingatkan ya, rakan-rakan semua. Ujian dan musibah datang dalam rupa pelbagai dan tidak kira masa. Berwaspada dengan sesiapa sahaja hatta makcik tua bertudung litup. Begitu sekali fitnah zaman ini ya, berjaya sang syaitan menjadikan kita sesama sebagai musuh. Menyedihkan.

*tikus sekarang memang berani dan sangat bermaharajalela

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu normah,

    Terima kasih memberi ingatan. Kesian kawan cikgu tu yer.

    ReplyDelete
  2. betul tu cikgu. hati2 dengan semua orang yang kita belum kenali. Dulu saya dan beberapa org kawan saya pun pernah kena tipu oleh seorang perempuan... Sekarang penyangak tak kira jantina.. waspada

    ReplyDelete
  3. saqlam kak,
    kerana duit manusia hilang nilainya..

    ReplyDelete
  4. tikus dan para politikus sama - sama berani dan garang zaman sekarang.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.