Kepala yang berdenyut dari semalam memberikan tanda. Tanda apa tak tahulah.
Kalau perut memulas , tandanya hendak ke tandas. Kalau kering tekak, tandanya badan memerlukan air tambahan dalam badan, kan. Apa yang dirasa dan dialami memberi makna yang badan sedang mengalami perubahan sama ada positif atau pun negatif.
Cantiknya alarm semula jadi yang Allah sediakan dalam badan.
Mungkin kepala berdenyut, petanda tekanan darah sedang meningkat akibat gaya hidup yang tidak kondusif. Yalah, bersenam pun jarang sekali, cuma mengharapkan naik tangga turun tangga di sekolah sahaja dengan kasut bertumit seinci setengah. Manalah tidak lutut pun terasa seperti skru yang hampir tertanggal.
Kalau kepala berdenyut dan urat leher pula terasa tegang? Ha, itu mungkin tanda stress sedang berkumpul di dada dan fikiran. Apalah yang hendak di stress sangat dengan kehidupan fana ini, kan. Itu kata logik akal bila sedang jauh dari masalah, tapi tatkala sedang berhadapan urusan dunia yang menyesakkan, stress datang sendiri tanpa diundang pun.
Kalau kepala berdenyut, urat leher tegang, bahu terasa berat dan belakang badan rasa panas? Apa pula tandanya ya? Err....
Mungkin ada sesuatu yang sedang menumpang tenggek di bahu kut?
sumber |
~cikgunormah@klcitizen~
Sallam KLC,
ReplyDeleteKalau macam tu tandanya,
Salah satulah kut, macam dalam gambar tu ke
atau dah kena darah tinggi
Heee cikgu niii... Buat orang seriau jer lahhh.
ReplyDeleteApapun semoga tiada yang mudarat. Baik jumpa doktor jer Cikgu.
Laskar Pelangi: Hasratku Tidak Kesampaian...
Assalamualaikum...
ReplyDeleteBegitulah kasih sayang Allah pada kita semua. Diberi tanda-tanda agar segera dilakukan pemeriksaan kesihatan dan juga pemeriksaan amal soleh samada mencukupi ataupun tidak...
hantu kot..
ReplyDelete"Kalau kepala berdenyut, urat leher tegang, bahu terasa berat dan belakang badan rasa panas? Apa pula tandanya ya? Err.... "
ReplyDeleteAssalamualaikum Cikgu Normah,
Akak pun dah 2, 3 hari rasa seperti di atas, rupanya bila ambik tekanan darah, nah 158/105. Berdengong kepala.
@LIPISLADY
ReplyDeletedarah tinggilah agaknya, nak kena pergi buat check up
@azieazah
ReplyDeletesaja je azie.. :)
insyaAllah nak ke klinik lah juga
@Abd Razak
ReplyDeletewaalaikummussalam
betullah razak, betapa kasih Allah, tidak dibiarkan kita begitu saja
@endiem
ReplyDeletecuak juga ni...
@Kunang-Kunang
ReplyDeletetu lah kak ani, saya ni dah lama betul tak buat check up
kalau kepala IM berdenyut maknanya IM kena tidur sekejap...errr... banyak kejap...
ReplyDeletealamak dalam gambar tu cite apa lak tu huhu seramnya
ReplyDelete