Saturday, April 16, 2011

terukkah saya?

Hari berganti hari. Sehari berlalu, berkumpul menjadi minggu, bulan dan tahun yang pergi.

Tanpa sedar, kan. 

Sebenarnya  memang kita sedar, tapi sedar di fikiran, bergaris ia di benak, namun, begitu lemahnya kita, kan, tak upaya menahan hari dan masa pergi meninggalkan kita. Biar pun betapa indah dan manis saat tersebut, tetap ia akan mencapai noktahnya untuk  berhenti. 

Dan, ...manisnya saat itu termateri di fikiran, walau rasa yang bergelojak dalam hati itu tak mungkin bisa kita rasa getarnya lagi. Ibarat rakaman foto , yang melihatkan senyuman di bibir tanpa boleh kita rasa getar hati dan jiwa yang tersemat pada tika itu semula.



Adakah insan yang tidak suka dipuji? 

Ah, hipokrit rasanya selagi anda manusia biasa jika mengaku tidak suka dan tidak mahu menerima pujian.

Cikgu, saya baca blog cikgu.

Oh ya? Eloklah, terima kasih

Hanya bebelan tidak bermakna. 

Merendah diri kononnya. Walau dalam hati, suka berbunga. Mahu tahu apa pendapatnya tentang tulisan tiada makna dalam blog saya ini.

Cikgu patut berhenti jadi cikgu Chemistry. Cikgu patut ajar Bahasa Melayu sahaja. 

Yalah, silap saya mengikut nasihat emak dan ayah saya dulu. 

Balas saya sambil tersenyum. 

* dalam hati  : Begitu terukkah cara saya mengajar Chemistry? Hahaha... :)

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. mungkin betul juga. tukar angin. macam IM dari jaga machine kat production line kepada bidang kalibrasi.

    ReplyDelete
  2. Cikgu x teruk la..You're one the best teacher tau!

    ReplyDelete
  3. bakat yang terpendam tu kak..
    :)

    ReplyDelete
  4. iya, jadi cikgu memang segalanya serba boleh. Itu istimewanya menjadi seorang cikgu.. pembelajaran sepanjang hayat.. (",)

    ReplyDelete
  5. janganlah berfikir begitu .. saya kira itu saya penghargaan murid yang mengagumi BM cikgu.

    ReplyDelete
  6. ye lah...lihat cara penulisan tu memang skema sangat macam Cikgu Bahasa Malaysia...tak sangka otak sains..

    ReplyDelete
  7. Aslmkm.
    Memang kita suker bila dihargai, sedih bila dikutuk/dikeji & tak senang bila kena kenen2.
    Tapi perasaan itu tidak kekal lama - masa pasti menelan/mengubati segalanya.
    Hanya kekadang bila ia hinggap agak lama, macam2 perasaan lain pula tumpang sama! Tak tentu arah juga dibuatnya! Kan?

    ReplyDelete
  8. tiada manusia yang tidak suka dipuji kak. hehe...
    tak semestinya yang kita suka tu membawa bahagia, dan tak semestinya yang kita tak suka tu ertinya derita. Allah Maha Mengetahui yang terbaik kan.
    apapun, terima kasih cikgu :)

    ReplyDelete
  9. hahaha.. k.normah ni mmg luculah.. that's y u're being loved.. science or BM, u're still the best!!

    ReplyDelete
  10. salam....
    cikgu memang berbakat jadi penulis kreatif....nanti buat cerpen...

    ReplyDelete
  11. alamak tengok gambar kat atas teringat pula saya kat cekgu2 sekolah saya huhu..rasanya ramai dah pencen kot hehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.