Kerja keras.
Bukan saya. Tetapi, rakan-rakan di sekolah. Saya tahu, banyak sekolah pun begitu. Bukan di sekolah saya sahaja.
Terutama bila sudah menghampiri hujung-hujung tahun persekolahan. Apatah lagi jika memegang jawatan sebagai guru kelas.
Di masa inilah menyiapkan segala yang patut, fail-fail peribadi pelajar yang perlu dikemaskini, serah ambil buku teks, mengisi markah-markah pelbagai, kurikulum dan segalanya. Membaca tugas dan mengerjakan tugas memang dua dunia yang berbeza. Setakat membaca di sini, ah, tidak terasa bebanan tersebut, tetapi melihat rakan-rakan guru ini menunduk tak mendongak kepala memandang atas, turut terasa beban mereka.
Kalau memegang kelas tingkatan 5, lagi lah pula, bukan sahaja fail peribadi, sijil berhenti , surat akuan dan segala mak nenek perlu dibereskan segera.
Apa nak buat , sahabat.
Menjadi kerani berijazah adalah salah satu skop kerja kita, kan. Menulis dengan senyuman. :)
Itu yang jadi guru kelas.
Yang punya bakat versatile?
Ah... hujung tahun adalah waktu kalut juga. Dialah koreografer tarian, dialah guru selia persembahan dan dialah juga antara yang menghias pentas.
![]() |
pentas untuk graduasi |
![]() | |||
sehingga lewat petang masih belum selesai |
Bebanan berkala. Masih juga menguntum senyum, kau , dik.
Dan saya tahu, dalam senyum itu, ada risau dengan tugas-tugas utamanya, yang masih belum selesai. Moga Allah mudahkan.
*semoga esok pantas berlalu tanpa isu :)
~cikgunormah@klcitizen~