Kita biasa dengan ukuran sentimeter dan milimeter. 1 sentimeter ada 10 bahagian milimeter di dalamnya. Itu, semua orang maklum.
Nanometer?
Biasa dengar? Ah, di zaman siber ini, nanometer pun ramai yang sudah maklum. Bagi yang kurang maklum, dalam 1 milimeter ada 1, 000, 000 bahagian nanometer.
Bayang kan semula.
1 nanometer ialah 1 bahagian dari 1 juta bahagian milimeter. Maksudnya, ambil pembaris, tengok ukuran 1 milimeter, dan sekarang, anda bahagikan 1 milimeter itu kepada sejuta bahagian. 1/1,000,000 itulah 1 nano.
Kecil amat.
Kenapa tiba-tiba menulis tentang nanometer? Sebenarnya, hati saya teruja sungguh bila membaca artikel yang ditulis oleh Nor Azaruddin Husni Nuruddin - The Dark Side of Nanotechnology (Sisi Gelap Teknologi Nano) dalam ruangan Columnist akhbar The Star bertarikh 1 November 2011.
Okay, sebelum saya menulis secara serius tentang teknologi nano ini, kita patut tahu beberapa kegunaan teknologi nano yang telah sedia ada dan diguna pakai oleh kita sekarang.
Antaranya: (sumber)
- Losyen pelindung matahari : losyen yang ada masa kini mengandungi partikel nano zink oksida atau titanium oksida dan bila dikenakan ke wajah tidak menampakkan lapisan berwarna putih seperti losyen pelindung matahari tanpa partikel nano.
- Pakaian : Dengan melapiskan fabrik dengan lapisan halus partikel nano zink oksida, pengilang dapat menghasilkan pakaian yang memberi perlindungan kepada sinar UV. Ada fabrik yang mempunyai lapisan nano berstruktur seperti rerambut halus yang menyebabkan ia kalis air atau kalis bahan lain.
- Permukaan kalis-calar : Saintis mendapati dengan melapiskan permukaan kalis calar dengan partikel nano aluminium silikat , ia akan meningkatkan ketahanan permukaan tersebut terhadap calar . Ini banyak diguna pada permukaan kenderaan dan lapisan cermin mata.
Adui, hendak menterjemah ini yang payah.
Ikut fahaman sayalah ya, kita ambil atom-atom karbon sebagai contoh. Atom-atom karbon ini boleh didapati dalam berlian dan grafit.
Grafit tu apa?
Mata pensil yang kita guna untuk menulis itu adalah grafit. Dari segi molekulnya, berlian dan grafit adalah sama, tetapi mereka berbeza dari segi aspek penyusunan atom-atom karbon di dalamnya.
Atom-atom karbon boleh disusun pelbagai cara, jika susunan tertentu, berlian boleh terhasil , dengan cara penyusunan tertentu, grafit pula terhasil dan penyusunan secara rawak bagi atom-atom karbon ini pula akan menghasilkan jelaga.

Graphite vs. Diamonds What's the difference between graphite and diamonds? Both materials are made of carbon, but both have vastly different properties. Graphite is soft; diamonds are hard. Graphite conducts electricity, but diamonds are insulators and can't conduct electricity. Graphite is opaque; diamonds are usually transparent. Graphite and diamonds have these properties because of the way the carbon atoms bond together at the nanoscale.
Pelik, kan. Tetapi ia benar dan ia adalah realiti.
Jadi, teknologi nano, lebih menjurus kepada penghasilan bahan baru/ bahan replika di peringkat molekul lagi. Dan antara tumpuan utama dalam dunia teknologi nano ialah penghasilan karbon nanotiub (helaian nipis susunan atom-atom karbon) yang memungkinkan penghasilan karbon nanotiub yang punya kekuatan terhadap hentaman beratus kali lebih dari keluli dan 6 kali lebih ringan dari keluli tersebut. Menarik kan.
Bayangkan , kereta kita 100 kali lebih ringan dari sekarang tetapi daya ketahanan terhadap hentaman 6 kali lebih kuat. Penggunaan bahanapi juga boleh dikurangkan berkali ganda kerana berat kenderaan yang lebih ringan. Ini dapat dibuat dengan menyusun atau menggulung lapisan atom-atom karbon dengan cara yang berbeza.
Itu yang positifnya. Sebenarnya kalau membaca artikel tentang teknologi nano ini, rasa taajub dan ajaib, dan banyak aspek positif yang boleh diterokai, walau ada yang mungkin hanya boleh dikecapi dalam puluhan tahun akan datang.
Yang negatifnya?

Dari rajah di atas, ini menunjukkan salah satu aspek negatif yang dikhuatiri oleh para saintis. Rupanya di bahagian otak kita, Allah sudah menjadikan lapisan Pengadang Darah-Otak (Blood Brain Barrier), yang tugas utamanya ialah sebagai lapisan pertahanan otak terhadap bahan kimia berbahaya dalam darah.
Jadi, dikhuatiri , bahan partikel nano (contoh nya dalam bahan kosmetik) , yang mempunyai saiz yang sangat kecil ini bila diguna pakai dalam alatan atau fabrik kita, boleh pula melepasi lapisan pengadang ini, apakah kesan jangka panjangnya terhadap otak kita dan reaksi otak terhadap bahan-bahan nano tersebut?
Bahaya juga tu ya.
Itu hanya sedikit aspek negatif yang di highlight kan.
Teknologi nano juga mempunyai implikasi jangka panjang dalam bidang pertahanan, perubatan, ekonomi dan perdagangan.
Dikhuatiri juga, teknologi ini digunakan dalam menghasilkan senjata-senjata bahaya .
Suara saintis dan ulamak kita perlu dicanang dan diperdengarkan. Apakah pendirian Islam dalam bidang ini, kerana sebenarnya teknologi nano ini boleh merubah aspek kehidupan , baik fizikal atau persekitaran manusia itu sendiri.
Semakin banyak yang saya baca tentang teknologi nano ini semakin takut lah pulak... :(
Salam petang Selasa.
*tajuk entri merujuk pada saya , hihihi
~cikgunormah@klcitizen~

.... nanotech weapons would be extremely powerful and can lead to a dangerously unstable arms race. Molecular manufacturing raises the possibility of effective yet horrific weapons. As an example, the smallest insect is about 200 microns; this creates a plausible size estimate for a nanotech-built anti-personnel weapon capable of seeking and injecting toxins into unprotected humans. sumberDalam perubatan dan aspek sosial ...
If nanotechnology in medicine makes it possible for us to enhance ourselves physically, is that ethical? In theory, medical nanotechnology could make us smarter, stronger and give us other abilities ranging from rapid healing to night vision. Should we pursue such goals? Could we continue to call ourselves human, or would we become transhuman -- the next step on man's evolutionary path? Since almost every technology starts off as very expensive, would this mean we'd create two races of people -- a wealthy race of modified humans and a poorer population of unaltered people? We don't have answers to these questions, but several organizations are urging nanoscientists to consider these implications now, before it becomes too late. sumberSebagai umat Islam, sebenarnya saya kira, kita menerima segala kebaikan selagi ia tidak melanggar syariat dan fitrah kita sebagai manusia yang menjadi hamba Allah . Namun begitu ulamak dan saintis kita sudah perlu mengorak langkah dua tapak ke hadapan dalam menangani isu ini.