Perangai.
Boleh kah diubah?
Boleh. Kalau ada kemahuan. Tidak ada apa yang mustahil.
Kisah semalam sahaja sudah menjadi bukti. Bagaimana harimau membaham si garuda, sedangkan garuda itu sifatnya sendiri terbang tinggi, sentiasa merasa selamat dan merasa hebat dalam jajahannya.
malaysia zoom |
Ada banyak nilai yang boleh kita tulis dan bicarakan dari kisah yang telah terjadi. Dari banyak sudut sebenarnya, bergantung dari sudut mana posisi anda, kan.
Cuma satu yang ingin saya sentuh.
Kesatuan dalam keterujaan .
Tanpa mengira apa, siapa dan apa pegangan anda, kesatuan boleh dicapai, walau hanya untuk beberapa jam itu. Indah. Dan indah itu meresap dalam setiap jiwa, terasa bangga dan jati diri itu sendiri bingkas bangun dalam setiap dari kita pastinya.
Manis , kan.
Tetapi, perangai yang satu ini payah hendak saya ubah.
Memasak .
Setakat masak untuk makan tengahari, pagi, malam , saya masih sanggup lagi. Tapi kalau diminta membuat cup cake, cookies dan sewaktu dengannya.... alahai. Minat itu sungguh, tidak hadir. Suruhlah saya membaca , menulis atau melukis, saya sanggup. Tapi membancuh, membakar dan menghias kek? Adui...
Nasib baiklah saya ni sudah berkahwin. Kalau tidak, memanglah kan. Alasan terbaik bagi bakal mertua untuk cancel.
Kenapa, tiba-tiba bercakap pasal cupcake ni? Rupanya, ada aktiviti underground oleh rakan di sekolah, berkumpul dan belajar membuat cupcake dan cookies dengan salah seorang masterchef yang tercicir dari pertandingan. *jangan marah*
masterchef yang buat kerja nampaknya |
hasil tangan diorang. setakat tengok dalam gambar je le :) |
*Lain kali , kalau buat aktiviti, calling-calling le. Setakat jadi tukang sibuk bolehle jugak . Tak pe. Tak kecik hati pun, sungguh, lillah. Hihihi.
Tahniah kepada yang berjaya hari ini. Atas kejayaan apa pun, yang baik, semestinya. :)
~cikgunormah@klcitizen~
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.