Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

Saturday, February 11, 2012

nak jadi jutawan juga ..

Siapalah dalam dunia ini yang tak ingin menjadi jutawan?

Ada?

Tak pernahlah lagi terbaca atau kenal insan yang tidak ingin menjadi jutawan. Mungkin istilah jutawan itu sekarang boleh diganti dengan bilionwan. 

Sebab maksud jutawan mengikut kamus DBP online ialah orang yg kaya dan mempunyai wang atau harta yg nilainya berjuta-juta ringgit. Jadi kalau dia punya harta berbilion dolar Amerika, patutkah lagi kita panggil dia jutawan, sedangkan hartanya saja telah melebihi jutaan.

Kalau millionaire dalam Bahasa Inggeris bermaksud jutawan dalam Bahasa Malaysia, perkataan billionaire pula ?

Entah?

Saya hanya menjadi perosak bahasa sahaja, saya tahu. Kalau mengikut DBP online juga , billionaire masih juga disebut jutawan. Sangat tidak adil bagi billionaire itu kan  :)

In reflex, I blurt out my thoughts, “I will never be rich like a millionaire ...” 
“You can say that again!” Mother says tartly. 
Chin tilting up defensively, I say, “Well, I love my job because I meet all sorts of people. I am rich in experience.” 
“I agree,” Encik Saiful says, startling me. “It’s not every day I have a chance to sit down and share these stories with anyone. Your daughter has a good job. She is a millionaire in experiences!” ~ Alexandra Wong - Money isn't everything

Artikel tersebut berkisah tentang En Saiful yang menjadi jutawan hanya dengan berniaga Nasi Kandar. Ditulis oleh Alexander Wong, yang bukan seorang jutawan tetapi hanya bertugas sebagai seorang wartawan. Dan ayat En Saiful itu menunjukkan sifat rendah diri beliau, mengatakan Alexander Wong adalah seorang jutawan juga, iaitu jutawan pengalaman.

Itu sebenarnya, cita-cita saya semasa masih bersekolah rendah lagi. Menjadi seorang jutawan pengalaman.

:)

Cita-cita yang tak pernah padam dalam hati, seperti cinta pertama yang tak pernah dilupa, tetap punya tempat istimewa.

Pengalaman tidak boleh dijual beli. Ia milik tersendiri, dan sesatunya aset yang sentiasa bertambah dan tidak berkurang, kecuali lah, tiba-tiba kita jadi hilang ingatan.

Dan bukan semua orang boleh berkongsi pengalamannya dengan sesiapa sahaja. Seperti En Saiful, kisah hidup beliau, hasrat dan keinginannya tak selalu dikongsi dengan manusia lain, tetapi terhambur keluar waktu sesi bertemu ramah dengan wartawan itu.

Itulah istimewanya wartawan yang tulus niat dan jelas arahnya berkongsi peristiwa hidup dengan manusia lain. Menulis untuk berkongsi agar warna hidup insan lain juga meriah dan indah.

Kepada semua wartawan dan penulis di luar sana, salam kasih dan doa saya bersama kalian agar nilai kemanusiaan sejagat itu kembali menjadi agenda utama dalam laporan , analisa dan penulisan, bukan sisi-sisi murah dan nilai kehaiwanan itu yang diangkat dan dipapar di muka depan tulisan anda.

Salam petang Sabtu.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 15, 2011

bukan sudah ku kata begitu...?

Satu perkara yang menarik dan mengujakan. 

Bukan. 

Bukan tentang gambar budak perempuan bertudung yang kelihatan menunjukkan "si kembar" di dadanya. Aish... langsung tak menarik, tetapi menjelikkan.

Tetapi, tentang artikel ini;  M'sians working more and carrying home more work . 
I have a dear friend who works in a rather high position in a multinational who told me that whenever she was at headquarters in Europe, she is reminded that no one is allowed to work beyond office hours unless a written request is submitted.
“They shut down the office after 5 so you had better have a strong case to want the lights and air-conditioner on,” she said.
Saya punya seorang rakan yang bekerja di peringkat yang agak tinggi di sebuah syarikat multinasional, yang memberitahu saya bahawa bila sahaja dia berada di ibu pejabat syarikat tersebut di Eropah, dia akan diingatkan bahawa tiada sesiapa pun dibenarkan bekerja melebihi waktu pejabat melainkan permohonan bertulis untuk berbuat demikian diminta terlebih dahulu. 

"Mereka akan menutup pejabat selepas pukul 5, jadi anda perlu punya alasan yang cukup kuat jika mahukan lampu dan alat penghawa dingin dipasang selepas waktu itu," katanya.
~ Soo Ewe Jin

Saya kira di sana, iaitu di over the sea, ialah membuat kerja bersungguh pada waktu yang ditetapkan. Ini yang dinamakan produktiviti.

Kualiti kerja.

Kerja dalam masa yang singkat tetapi kerja yang bermakna. Tidak guna juga menghabiskan masa 10 jam di tempat kerja, tetapi tetap hasilnya ialah hasil last minute.

Tidak mengata orang lain. Ini sedang memukul dulang, terpercik air ke muka sendiri. Eh, betul ke peribahasa ini ya. Ya, saya juga ada perangai-perangai masuk kerja ikut waktu, balik kerja di luar waktu, tetapi , kerja tetap hampas. :(
ACCORDING to a global survey by Regus, Malaysians are not only clocking more hours at work but bringing their office load back home as well.
Mengikut kajian global oleh Regus, penduduk Malaysia bukan sahaja bekerja lebih waktu tetapi turut membawa balik beban kerja dari pejabat juga.

Dari tulisan artikel tersebut yang bersumber dari kajian global, seramai 47% dari kita-kita ni, yang membawa balik kerja , lebih 3 kali dalam masa seminggu berbanding 43% rakyat dunia. Dan, 15% dari kita ini yang bekerja lebih 11 jam sehari, berbanding 10% rakyat dunia.

Wah... siapa yang kata rakyat Malaysia ni malas? Siapa?

Dah terang lagi bersuluh kan. Memang kita ni rajin lah, kan. Saya pun termasuklah juga tu. :) Dan saya mengaku punya ramai rakan-rakan yang rajin-rajin belaka seperti saya. Hahaha, tak nak mengalah jugak kan.

Tetapi, ada kesan tidak baiknya dari sifat kita yang terlebih rajin ini.

“The long-term effects of such over-work could be damaging to both workers’ health and overall productivity. This is because workers may drive themselves too hard and become disaffected, depressed and even physically ill.”

Kesan jangka panjang akibat kerja berlebihan boleh memberi kesan tidak baik kepada kesihatan pekerja dan produktiviti. Ini kerana pekerja tersebut memaksa diri untuk bekerja dan boleh menyebabkan murung dan sakit fizikal.

Ha... sekarang saya sudah tahu kenapa saya murung. :)

Depressed


Jadi , kengkawan sekalian, pencen pada usia 60 memang tak patut, dan bekerja di hari Sabtu serta overtime memang tak wajar.

Setuju??

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, November 8, 2011

berlagak pandai dan tahu







Kita biasa dengan ukuran sentimeter dan milimeter. 1 sentimeter ada 10 bahagian milimeter di dalamnya. Itu, semua orang maklum.

Nanometer?

Biasa dengar? Ah, di zaman siber ini, nanometer pun ramai yang sudah maklum. Bagi yang kurang maklum, dalam 1 milimeter ada 1, 000, 000 bahagian nanometer. 

Bayang kan semula. 

1 nanometer ialah 1 bahagian dari 1 juta bahagian milimeter. Maksudnya, ambil pembaris, tengok ukuran 1 milimeter, dan sekarang, anda bahagikan 1 milimeter itu kepada sejuta bahagian. 1/1,000,000 itulah 1 nano.

Kecil amat.

Kenapa tiba-tiba menulis tentang nanometer? Sebenarnya, hati saya teruja sungguh bila membaca artikel yang ditulis oleh Nor Azaruddin Husni Nuruddin - The Dark Side of Nanotechnology (Sisi Gelap Teknologi Nano) dalam ruangan Columnist akhbar The Star bertarikh 1 November 2011.

Okay, sebelum saya menulis secara serius tentang teknologi nano ini, kita patut tahu beberapa kegunaan teknologi nano yang telah sedia ada dan diguna pakai oleh kita sekarang.

Antaranya: (sumber)
  • Losyen pelindung matahari : losyen yang ada masa kini mengandungi partikel nano zink oksida atau titanium oksida dan bila dikenakan ke wajah tidak menampakkan lapisan berwarna putih seperti losyen pelindung matahari tanpa partikel nano. 
  • Pakaian : Dengan melapiskan fabrik dengan lapisan halus partikel nano zink oksida, pengilang dapat menghasilkan pakaian yang memberi perlindungan kepada sinar UV. Ada fabrik yang mempunyai lapisan nano berstruktur seperti rerambut halus yang menyebabkan ia kalis air atau kalis bahan lain.
  • Permukaan kalis-calar : Saintis mendapati dengan melapiskan permukaan kalis calar dengan partikel nano aluminium silikat , ia akan meningkatkan ketahanan permukaan tersebut terhadap calar . Ini banyak diguna pada permukaan kenderaan dan lapisan cermin mata.
 Teknologi nano sebenarnya apa?

Adui, hendak menterjemah ini yang payah.

Ikut fahaman sayalah ya, kita ambil atom-atom karbon sebagai contoh. Atom-atom karbon ini boleh didapati dalam berlian dan grafit.

Grafit tu apa?

Mata pensil yang kita guna untuk menulis itu adalah grafit. Dari segi molekulnya, berlian dan grafit adalah sama, tetapi mereka berbeza dari segi aspek penyusunan atom-atom karbon di dalamnya.

Atom-atom karbon boleh disusun pelbagai cara, jika susunan tertentu, berlian boleh terhasil , dengan cara penyusunan tertentu, grafit pula terhasil dan  penyusunan secara rawak bagi atom-atom karbon ini pula akan menghasilkan jelaga.
Graphite vs. Diamonds What's the difference between graphite and diamonds? Both materials are made of carbon, but both have vastly different properties. Graphite is soft; diamonds are hard. Graphite conducts electricity, but diamonds are insulators and can't conduct electricity. Graphite is opaque; diamonds are usually transparent. Graphite and diamonds have these properties because of the way the carbon atoms bond together at the nanoscale.

Pelik, kan. Tetapi ia benar dan ia adalah realiti.

Jadi, teknologi nano, lebih menjurus kepada penghasilan bahan baru/ bahan replika di peringkat molekul lagi. Dan antara tumpuan utama dalam dunia teknologi nano ialah penghasilan karbon nanotiub  (helaian nipis susunan atom-atom karbon) yang memungkinkan penghasilan karbon nanotiub yang punya kekuatan terhadap hentaman beratus kali lebih dari keluli dan 6 kali lebih ringan dari keluli tersebut. Menarik kan.

Bayangkan ,  kereta kita 100 kali lebih ringan dari sekarang tetapi daya ketahanan terhadap hentaman 6 kali lebih kuat. Penggunaan bahanapi juga boleh dikurangkan berkali ganda kerana berat kenderaan yang lebih ringan. Ini dapat dibuat dengan menyusun atau menggulung lapisan atom-atom karbon dengan cara yang berbeza.

Itu yang positifnya. Sebenarnya kalau membaca artikel tentang teknologi nano ini, rasa taajub dan ajaib, dan banyak aspek positif yang boleh diterokai, walau ada yang mungkin hanya boleh dikecapi dalam puluhan tahun akan datang.

Yang negatifnya?



Dari rajah di atas, ini menunjukkan salah satu aspek negatif yang dikhuatiri oleh para saintis. Rupanya di bahagian otak kita, Allah sudah menjadikan lapisan Pengadang Darah-Otak (Blood Brain Barrier), yang tugas utamanya ialah sebagai lapisan pertahanan otak terhadap bahan kimia berbahaya dalam darah.

Jadi, dikhuatiri , bahan partikel nano (contoh nya dalam bahan kosmetik) , yang mempunyai saiz yang sangat kecil ini bila diguna pakai dalam alatan atau fabrik kita, boleh pula melepasi lapisan pengadang ini, apakah kesan jangka panjangnya terhadap otak kita dan reaksi otak terhadap bahan-bahan nano tersebut?

Bahaya juga tu ya.

Itu hanya sedikit aspek negatif yang di highlight kan.

Teknologi nano juga mempunyai implikasi jangka panjang dalam bidang pertahanan, perubatan, ekonomi dan perdagangan.

Dikhuatiri juga, teknologi ini digunakan dalam menghasilkan senjata-senjata bahaya .
.... nanotech weapons would be extremely powerful and can lead to a dangerously unstable arms race. Molecular manufacturing raises the possibility of effective yet horrific weapons. As an example, the smallest insect is about 200 microns; this creates a plausible size estimate for a nanotech-built anti-personnel weapon capable of seeking and injecting toxins into unprotected humans. sumber
Dalam perubatan dan aspek sosial ...
If nanotechnology in medicine makes it possible for us to enhance ourselves physically, is that ethical? In theory, medical nanotechnology could make us smarter, stronger and give us other abilities ranging from rapid healing to night vision. Should we pursue such goals? Could we continue to call ourselves human, or would we become transhuman -- the next step on man's evolutionary path? Since almost every technology starts off as very expensive, would this mean we'd create two races of people -- a wealthy race of modified humans and a poorer population of unaltered people? We don't have answers to these questions, but several organizations are urging nanoscientists to consider these implications now, before it becomes too late. sumber
Sebagai umat Islam, sebenarnya saya kira, kita menerima segala kebaikan selagi ia tidak melanggar syariat dan fitrah kita sebagai manusia yang menjadi hamba Allah . Namun begitu ulamak dan saintis kita sudah perlu mengorak langkah dua tapak ke hadapan dalam menangani isu ini.

Suara saintis dan ulamak kita perlu dicanang dan diperdengarkan. Apakah pendirian Islam dalam bidang ini, kerana sebenarnya teknologi nano ini boleh merubah aspek kehidupan , baik fizikal atau persekitaran manusia itu sendiri.

Semakin banyak yang saya baca tentang teknologi nano ini semakin takut lah pulak... :(

Salam petang Selasa.

*tajuk entri merujuk pada saya , hihihi

~cikgunormah@klcitizen~










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, May 8, 2011

recuperate





Hari Ahad.

Tidaklah teruja sangat menyambut Ahad seperti menyambut hari Jumaat. Memang sudah tabiat manusiakan suka memilih, sehinggakan perkara hari pun boleh suka atau tidak. Bila senja Ahad tiba, rasa blues mula menyerang, ibarat tetamu yang tidak diundang mengetuk pintu rumah. Itulah perasaannya.

Ingin berjaya. Siapa?

Tidak perlu ditunjuk-tunjuk siapa. Semua yang masih bernafas dan bisa berfikir yang rasional pastinya inginkan kejayaan.

Why successful people leave work early?
Teruja membaca artikel tersebut. Sah! Memang selepas ini, janganlah ditanya ya, kenapa saya duduk termenung, atau berjuntai kaki sambil bersandar di bilik guru selepas habis kelas. Ada sebab musababnya. Dan telah terbukti pun dari kajian saintifik.
Timothy Ferriss gives similar advice in his New York Times bestseller, The 4-Hour Workweek. He stresses the Pareto principle, or the 80/20 law, which is that 80 percent of outputs come from 20 percent of inputs. So stay focused, and you'll do more in less time

Katalah dalam sebulan tu ada 25 hari bekerja. Jadi kalau ikut nisbah yang di sarankan... lebih kurang 6 hari yang saya perlu rajin dan fokus dalam bekerja. Memang fokus. Dan ia menambah 80% hasil kerja saya.

Work smart. :)

di sana


Jadi, Fairose (*jiran belakang tempat duduk dalam bilik guru)... kalau nampak kak normah sedang bersandar sambil memerhati guru lain lalu lalang selepas kak normah habis mengajar sementara menunggu waktu balik, jangan ditanya kenapa, dan jangan di hairan mengapa cikgu hampir menopause ini duduk goyang kaki sahaja ya... I'm recuperating.. :)

lets recuperate together

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 15, 2011

botol buruk second hand

Semua orang suka mendengar dan menonton cerita lawak. Saya tidak terkecuali.

Rupanya ada juga tutorial untuk membuat cerita lawak yang baik. Baru saya tahu. Bila hendak menulis cerita lawak, jenaka atau lawak tidak bermula di awal, tetapi ia perlu diperlihatkan di akhir cerita. Itu kata saudara Rahman Shaari dalam artikelnya Jenaka cerminan kecerdikan masyarakat.

Ada dua contoh cerita jenaka yang saya ingin kongsikan dari artikel tersebut:

Seorang gadis bernama Jamilah memulangkan cincin pertunangan kepada lelaki yang bernama Borhan. Kata gadis itu, “Aku tidak lagi mencintaimu. Aku akan bertunang dengan pemuda lain bulan depan.”

Borhan menerima cincin daripada Jamilah, dan bertanya, “Boleh bagi alamat atau nombor telefon bakal tunang awak tu?”

Jamilah bertanya balas, “Engkau nak buat apa dengan alamat bakal tunang aku?” Borhan berkata, “Aku nak jual cincin ni kepada dia, second hand, separuh harga.” Jamilah menggaru kepala

Mesej yang hendak ditekan di sini ialah istilah second hand yang punya maksud yang mendalam dalam sebuah hubungan dan digambarkan melalui cincin tunang tersebut. Menarik bagi saya!

Maksud tersirat dalam mencuit hati.

Satu lagi contoh :

Seorang lelaki berjumpa dengan botol buruk. Dia mengambil botol itu. Tiba-tiba keluar asap, dan asap itu menjadi Jin. Kata Jin, “Hai manusia, kau telah mengganggu aku sedang tidur.”

Lelaki itu teringatkan cerita lampu ajaib. Jin yang keluar dari lampu ajaib boleh memberikan pertolongan kepada manusia. Tentu Jin ini pun sama. Maka kata lelaki itu, “Hai Jin, bolehkah engkau berikan aku rumah batu yang besar dan mewah? Aku ini orang miskin yang sudah bosan dengan kemiskinanku.”

Jin itu menjawab, “Hai manusia. Kau tak ada akalkah? Jika aku boleh memberikan kau rumah mewah, tentulah aku tidak tinggal di dalam botol buruk tu.”

Jenaka yang biasa, tetapi membawa maksud tiada kejayaan tanpa usaha. Sedangkan lumrah dalam hidup kita seharian, selalu kita terdorong untuk membuat sesuatu yang tidak bijak bagi meraih kejayaan pantas.

Bukan semua orang bijak menulis atau membuat lawak jenaka. Tetapi berlebihan dalam berlawak dan bergelak tawa juga tidak digalakkan, kan.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...