Tuesday, March 22, 2011

keputusan SPM

Saat saya menaip entri ini, pasti ramai di luar sana yang tidak dapat tidur malam. Gelisah di atas tempat pembaringan, sama ada di atas katil yang empuk atau tidak,  atau mungkin juga pun bukan di atas katil.

Sama sahaja. Bila mata tidak mengantuk, walau dipaksa bagaimana pun, dan baring dengan cara apa atau atas apa pun tetap ia tidak akan tertutup diulit mimpi.

source

Esok keputusan SPM 2010 akan diumumkan. Dan itu pastinya penyebab yang sangat bagus untuk menyegarkan mata insan-insan yang berkenaan dan membuat hati resah gelisah. 

Kita berkongsi rasa yang sama.

Hati saya pun resah, dan saya pasti ramai rakan sekerja saya juga gelisah dan pasrah. Setiap tahun ..., saya ulang lagi ..setiap tahun, gelisah yang menggigit hujung hati ini sama sahaja rentaknya. Dalam beberapa jam yang akan mendatang ini, fikiran diisi dengan lembaran peristiwa-peristiwa kecil tetapi signifikan sepanjang 2010. 

Hati tertanya bagaimanakah nanti  anak-anak murid yang sempat bersama walau cuma seketika, akan menerima keputusan mereka?  Adakah saya sebagai guru telah membantu secara wajar dan berkesan? Ya, banyak kekangan serta banyak halangan yang ditempuh bersama.

Dan saya juga tidak menyangkal keterbatasan diri untuk melayan hampir lebih 100 pelajar yang bernama, bercitarasa, berperasaan dan berkeinginan yang pelbagai. Maafkan saya di atas segala kekurangan.

Mana yang baik dari saya, diharap memberi manafaat kepada anda semua, wahai bekas pelajar 2010. Dan mana yang kurang, saya pohon dihalalkan, agar keberkatan juga saya perolehi dalam hidup ini. 

Doa saya, agar keputusan yang pastinya terbaik yang ditakdirkan untuk kita semua itu, menambahkan rasa syukur kita atas nikmatNya.

*be strong!

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. resah guru sama nadanya dengah resah calun...

    ReplyDelete
  2. Kalau ramai yang berjaya..cikgu mesti senang hati..kalau ramai yang gagal...letih juga nak bagi alasan kat Pengetua..

    ReplyDelete
  3. betapa besarnya harapan para guru kan... doakan kejayaan untuk anak didik kita

    ReplyDelete
  4. 1st time tahun lepas mengajar add math F5..resah gelisah jugak ni..w/p sekolah tu dah menjadi bekas tempat kerja

    ReplyDelete
  5. debaran menunggu result spm thn ni krg sikit. sbbnye..tak ngajar kelas spm 2010. tp thn spm 2008 memang bdebar2 sbb ngajar 5 kelas subjek sains. Alhamdulillah... utk cikgu2 yg terlibat diucapkan semoga mendapat hasil yg terbaik.

    ReplyDelete
  6. cikgu yang sudah lembik dan resah... student relax je tengoklah nanti gaya mereka datang ambil result .

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum...

    Segala usaha telah dilaksanakan baiknya guru atau pun muridnya, apa pun keputusannya itulah hasil usaha selama ini.

    ReplyDelete
  8. Malam tadi selepas saya balik dari surau saya dapati anak saya Afifah dah tidur. Rilek aje budak tu nak ambil result hari ni hehehe

    Harap2 keputusannya lebih baik dari abg dan kakaknya.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.