Saturday, June 18, 2011

Tips untuk lebih kreatif

Sedang senak perut.

Inilah angkara tidak mendengar pesan. Makan setelah lapar, berhenti sebelum kenyang. Itu pesanan ramai orang. Tetapi mengikut hati dan pandangan mata, kesannya hendak baring salah, nak duduk pun tak selesa.

Meriahnya kita yang duduk di bumi bertuah ini, undangan untuk menjamu selera selalu tak putus.

Kali ini menghadiri majlis cukur jambul cucu di rumah jiran. Sementelah pula, jiran ini memang pandai betul memasak, maklumlah caterer, segalanya serbanika yang dihidang, fuhhhh.... Menjilat jari!

Kak normah tahu?

Tak...


Memang dah jadi budaya kita memula cerita dengan pertanyaan sebegitu kan.

Selalunya lelaki yang kreatif, bijak-bijak contoh ustaz, pensyarah, pemimpin, artis ramai yang akan kahwin lebih dari dua.

Pertama kali pula saya dengar teori ini.

Suaminya seorang pensyarah di sebuah universiti yang berdekatan. Pernah menjadi ketua rombongan meminang isteri kedua untuk rakan pensyarahnya. Dan ujar beliau, ramai ustaz-ustaz yang berkahwin lebih dari satu di kalangan rakan-rakan suaminya itu. Yalah, ustaz-ustaz kan banyak ilmu dan lebih faham tentang istilah adil untuk mempraktikannya.

Kenapa pulak ya?

Ingin juga mendengar teori dari rakan yang baru saya kenali ini. Muda lagi orangnya.

Orang yang kreatif dan bijak tu kan dia sentiasa perlu idea yang baru dalam hidup dia. Dia perlukan kepelbagaian bagi merangsang fikirannya untuk menjana idea. Sebab itu dia kena kahwin lebih dari satu. Tak boleh ada satu pasangan je seumur hidup dia. Nanti fikiran dia beku dan tumpul

Oo...alah. Begitu pulak hujahnya ya. Sekali fikir ada logiknya juga.

Patutlah Mr Salih Yaacob mesti berkahwin lebih dari satu. Kalau tidak susah juga nak menghasilkan lawak-lawak dalam bidang kariernya kan...


selamat berhujung minggu

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. ...hahhhaaa..lawaknya pendapat ....
    btw,kalau dia dah kata hendak.....
    diusahakannya jua si milah tu,tengoklah...
    hhahhahhaha

    ReplyDelete
  2. tak munasabah, saya bangkang!!

    ReplyDelete
  3. tapi jarang saya dengar pelajar bijak mahupun pandai ada awek @ boifren lebih daripada satu.

    ReplyDelete
  4. Itupun kalu betul cara bawaknya. Kalu bijak pun, kalu tersilap cara, hilang lawak, hilang syarahnya.

    Yang pasti, kena ada ilmu. Praktikkan ilmu dgn betul. Bijak biasanya akan menjadi kaya dan mampu pula. So bolehlah kahwin lebih dari satu. Semua tu ada kaitan. Lojik, kan?

    ReplyDelete
  5. Bila pndai manage.. OK je.. ;D

    ReplyDelete
  6. Kita tgok senyuman isteri2 Salih..tapi kita tak nampak apa yg didalam hati mereka..
    Apa apa pun Tuhan tahu apa yg terbaik buat kita...

    ReplyDelete
  7. @mamaijat betul sangat tu, tak kiralah si bijak atau tidak, kalau dah hendak dicari juga jalan... Kan

    ReplyDelete
  8. @IMANSHAH wah jadi pembangkang lah pulak en iman ni ....

    ReplyDelete
  9. setuju gak dgn Imanshah..alasan yg tak berapa konkrit...tapi klaau udah jodoh nk buat mcm mana...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.